IV

Assalam,

Alhamdulillah.. akhirnya aku dipanggil untuk iv.. tak sabar rasanya.. semoga dipermudahkan urusan. Ammiinn..]

Wassalam.

Next Phase

Assalam,

Macam biasa ayat cliche blog berhabuk hembus-hembus sbb da lama tak update feed terbaru.. haha motip sungguh.. aku mmg jenis jarang update pn kan.. haha sengal jep.. oke alang-alang da typing continue sembang je la.. macam biasa bahasa rojak aku gunakan.. marah orang-orang pakar BM kalau baca.. huhu.. maaf ya.. tumpang lalu..

Lately ni, ecewah mula dari 4/2/2016 ritu aku da mula semester kedua bagi pengajian master aku.. dan secara tidak langsung aku dapat tahu ada pensyarah yang nak guna pembantu penyelidik untuk kajiannya. mungkin rentetan daripada itu kot aku jadi makin busy dengan hidup aku.. padahal kerjanya tak banyak mana pun simple je.. macam biasalah aku suka cerita yang gempak-gempak kan.. puihh.. haha.. perosak bahasa betul la aku ni.. ceiitt.. hahahah..

Tapi aku jd RA xlama 2 bulan je.. cukup la kan.. jadi lah buat tambah pengalaman. kenapa aku cakap cukup sebab hampir 2 bulan jugak kajian aku tak berjalan. tak boleh nak ambil risiko nak teruskan. jadi mampu lepaskan je. jadi secara tidak langsungnya, jumaat minggu lepas adalah merupakan hari terakhir aku bekerja dengan pensyarah aku ni..

Plan akan datang ni disebabkan aku da tak de terikat dengan mana-mana aku harap aku dapat siapkan kajian aku dalam masa yang ditetapkan.. aku harap sangat at least aku siap 3 bab untuk kajian aku tu.. aammiinn.. plan lagi mungkin aku akan membentang kertas kerja master aku ni di makassar innshaaAllah pada bulan Julai nanti.. huhu xsabar..

semoga dipermudahkan semua urusan.. Aaammiinn

Wassalam.