Woww.. seriously, setahun dah xupdate? ini benar-benar sudah tidak rajin menaip di sini ni.. as 2018 came this year.. apa yang baru dari aku dan ada ke update terbaru.. selalu mesti ada entry yang best-best (perasaan aku je lah) yang aku akan share.. tp mcm tgh xde idea pula harini..
Baiklah, apa yang baru? hmm aku join team olahraga elit tahun ni, yang mana bagi aku quite fun sebenarnya jadi cikgu sukan ni, cuma biasa lah penat + letih + banyak habis masa kt padang.. but, at least aku rasa seronok buat kerja-kerja berkaitan tu semua.. FUN! kena tekan kan aku rasa seronok.. dan tugas sebagai guru olahraga tu pn tamat bila tamatnya Kejohanan MSSD.. yes, sekejap je.. mmg lah akan ada susulan aktiviti tapi bukan selalu atau kekerapannya tidak lah sampai kau rasa macam terbeban.. aku enjoy..
Aik tak kan satu je yang baru.. hmm.. selain itu, hmm.. haa master aku.. actually kalau ikut takwim perjalanan master aku.. this semester will be my last semester to finish my dissertation.. tapi apa yang aku dah siap?? hmm.. habuk pun tarakk.. aku rasa aku kena get ready isi borang berhenti kot walaupun ramai cakap takkan nak berhenti sekerat jalan.. tiga tahun kot.. takkan nk berhenti macam tu je.. wasting money, time, bla bla bla and etc.. aku bukan tak fikir, cuma aku rasa cam tak mampu nk siapkan.. lagi sekali aku tekankan MACAM tak mampu nak selesaikan.. tapi aku still BELUM GIVE UP ya.. masih lagi KUAT nak habiskan master ni.. cuma perlukan KUDRAT yang kuat dan buang jauh-jauh perasaan MALAS yang teruk tu..
Tiba-tiba waktu aku menaip ni, aku merasakan ya ALLAH, banyaknya kerja yang aku tangguh.. rasa berderet-deret minta diselesaikan.. salah aku sebab aku himpun semuanya.. see, bila dan macam mana nak siapkan my master ni.. hmm teringat-ingat perjanjian MyBrain dengan KPM.. hmm
Selain daripada life aku yang tunggang-langgang tu.. apa lagi yang perkara baru aku belum cerita ya.. haa.. tak ada cerita baru sebab aku masih lagi single.. belum berhasrat nak berkahwin lagi.. belum jumpa jodoh yang boleh terima susah dan senang bersama.. BELUM.. ya masih belum.. MEMILIH kah aku? tak lah. tak ada siapa nak.. seriously.. macam aku cakap aku belum ketemu sama seseorang yang boleh terima aku sama ada dalam waktu susah dan waktu senang, waktu sakit, waktu sihat, waktu sempurna dan waktu kurang sempurna.. yess, tak jumpa lagi.. kalau dah jumpa nanti aku bagitahu ya.. my life is a bit tragic.. and I'm not really fond in love.. sebab aku rasa masa last time aku bercinta (which is cinta pandang pertama lah kot atau we call it as cinta monyet biasalah zaman sekolah dulu kala) adalah masa zaman aku belajar kat sekolah teknik dulu.. and yes its about 10-11 tahun yang lepas.. jadi, dalam kamus hidup aku, perkataan lelaki untuk jadi pasangan hidup bersama itu jarang-jarang ada.. kawan lelaki melambak lah pasai awal-awal aku friendzone kan..
Aish apeni cerita pasal ni panjang-panjang.. So, not me.. pardon my broken english.. sebab memang tak pernah pandai cakap omputih pun walaupun selalu try hard.. ampun kan saya.. okay lah, last but not least.. aku selalu doa pada Allah semoga aku sentiasa dalam lindunganNya, rahmatNya, tidak terpesong daripada cahayaNya dan sentiasa memperhambakan diri hanya kepadaNya.. kadang-kadang kita tak sedar kita ni pendosa yang terbesar sekali.. kena selalu minta ampun atas segala kesalahan.. bukan sahaja waktu susah.. waktu kita senang pun kita kena sentiasa merendah diri, minta ampun dan minta keberkatan hidup dariNya.. kita ni kan pinjaman daripada yang maha Esa.. kena selalu ingat.. letakkan pengharapan diri kita ini, hanya kepada Allah S.W.T shj..
Baiklah sehingga aku rajin menaip disini lagi..
Wassalam..