Salam..
Urm entry kedua untuk tahun 2013.. ada apa dengan prestasi?? hmm..arini aku sj nk kongsi dengan korang semua mengenai prestasi akademik aku sepanjang menjadi mahasiswi UPSI terutama sebagai student AT-32.. memang tidak dinafikan.. kalau dilihat pada zahirnya aku seorang yang biasa dan seperti tidak mengambil berat pun mengenai prestasi akademik.. jika benarlah apa yang aku kata ini sependapat dengan korang.. mohon korang ubah balik persepsi itu.. sebab korang belum pernah bekerja dalam kumpulan tugasan bersama aku.. aku bukan a simple person in assignment.. dan disebabkan itu juga lah aku ni jenis mementingkan semua aspek dalam penghasilan tugasan.. terutama tugasan berkumpulan sebab aku tahu markah tugasan berkumpulan lah yang paling banyak menyumbang kepada carry mark.. sebab aku tahu kemampuan aku dalam final exam tidak seperti yang aku harapkan berbanding orang lain.. banyak kelemahan aku sewaktu final exam.. susah nak menghafal, menulis lambat dan etc. yang malas aku nk sebutkan..
Kadang-kadang setiap carry mark yang aku dapat, aku jadi manusia yang tidak berpuas hati dengan apa yang aku dapat.. aku mula mempertikaikan usaha yang aku lakukan dengan apa yang aku dapat.. sampai aku rasa orang sekeliling aku ingt aku jadi orang yang tidak bersyukur.. bukan.. aku bukan nak jadi orang yang kufur nikmat.. tidak.. aku bersyukur dengan apa yang aku dapat.. cumanya aku mahukan lebih, lebih daripada diri aku sendiri.. sebab aku tahu walaupun aku ada perasaan macam ni at the last aku pasti akan back to yang asal.. aku akan mula redha dengan apa yang aku dapat.. n indeed semester 3 ni betul-betul banyak menguji aku.. hampir kesemua carry mark aku rendah.. final exam pun aku buat entah apa-apa.. bila setiap kali aku luahkan masalah aku ni kat membe-membe, diorang basically akan jawab mungkin sebab kecederaan yang aku alami ni.. TIDAK!!.. aku tak boleh nak terima alasan tak wajar ni sebab otak aku masih mampu berfungsi dengan waras walaupun ada beberapa perkara yang aku tak nafikan jadi pada diri aku.. ingatan aku dah tak kuat.. banyak yang aku lupa dan tak boleh ingat.. tapi itulah kawan..diorang nak pujuk aku dengan cara macam tu.. aku appreciate.. at least aku xmurung disebabkan carry mark aku... thx korang..
Apapepun aku harap result untuk sem 3 ni tak ade lah turun mendadak sangat..sampai terkeluar dari senarai dekan ke.. aduh..!! tak tahu lah aku leh hadap ke tak dengan result sendiri even aku dah bagitau kt abah siap tunjuk lagi kesemua carry mark aku untuk sem ni.. nampaknya aku kene lebih sabar dan banyakkan menerima.. dan yang paling penting.. Usnuzon.. bersangka baik.. mungkin Allah S.W.T nk uji aku lagi.. sejauhmana penerimaan aku terhadap ujianNya.. semoga aku menjadi manusia yang tabah.. Terima kasih ya Allah.. tika ku alpa, KAU dorongkan aku untuk bermuhasabah diri.. moga aku sentiasa tergolong dalam kalangan penerima hidayah dariMu ya Allah..Ammmiinnnn... kat sini juga aku nk share ngan korang, result aku dari sem1 ke sem 3.. (sila click pd gambar utk pembesaran)
![]() |
Result Semester 1 |
![]() |
Result Semester 2 |
![]() |
Resultt Semester 3 |
Sebenarnya nk cakap result aku semakin merosot..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment
your view..