Happynyer hari ni ye la mana tidaknya sasterawan negara datang ke sekolah kami..hmm..best2x..dan mulai post kali ini aku akan cuba menggunakan kata-kata yang sopan dan ayat yang penuh untuk menaip setiap patah dalam penulisan aku di blog ini..rasa macam mahu menyahut sahaja cabaran beliau iaitu "Bahasa memartabatkan bangsa"..kitakan orang melayu tidak salah rasanya untuk menulis atau menaip dalam erti kata melayu yang sebenar.. huhu^^.. cukup bermotivasi betul aku kali ini selepas mendengar slot yang disampaikan oleh sasterawan negara ini.. bermacam-macam informasi yang aku perolehi.. contohnya seperti kriteria seorang sasterawan, bagaimana hendak menjadi sasterawan yang berjaya dan macam-macam lagi.. Ianya membangkitkan semangat aku untuk cuba berkecimpung dalam dunia penghasilan karya pula.. hmm aku bertambah berbangga lagi kerana sasterawan yang aku maksudkan ini lahir di negeri yang sama dengan negeri kelahiranku iaitu Selangor Darul Ehsan.. huhu^^.. cukup-cukup berbangga..nak tahu siapa sasterawan tersebut??ini dia..
DATUK DR. ANWAR RIDHWAN bersama Guru Sekolah kami DR. GHAZALI BIN LATEH..
No comments:
Post a Comment
your view..