Showing posts with label Bahasa memartabatkan bangsa. Show all posts
Showing posts with label Bahasa memartabatkan bangsa. Show all posts

Hari ini..?

Hari ini bagi aku hampir semuanya jadi macam xberapa indah..hmm kenapa ya mungkin perasaan aku sendiri je kot..Hari ini ada pertandingan memestamo sajak kat sekolah aku..konon dah tak sabar nak menyampaikan sajak tapi tak tahu pula yang memestamo itu melagukan sajak..hmm apa lagi aku yang tak bersedia sekadar mendeklamasikan saja sajak tersebut..mana tidaknya tekak sudah sememangnya sakit, dimintanya menyanyikan sajak pula..oh tidak sama sekali untuk aku menyampaikannya..pesaing pada hari ini pun bukan calang-calang, semuanya hebat-hebat belaka..xterlawan rasanya..huhu^^..tidak mengapalah sekadar menimba pengalaman sekurang-kurangnya aku dah tahu apa itu memestamo sajak..huhu^^..hari ini pun aku menyampaikan sajak yang bertajuk "Hari Ini"..semuanya berkisar mengenai hari ini..huhu^^..nak tahu macam mana sajak tersebut? ni dia..

Hari ini,
Ketika aku cuba meraih kejayaan dihadapanku
Terlalu banyak cabaran yang datang
Namun, tetap ku cuba mengutip
Sisa-sisa untuk kejayaanku

Hari ini,
Aku sedar, bukan aku seorang yang cuba menggapainya
Terlalu banyak pesaing yang menungguku
Terlalu ramai pemenang yang akan mentertawakanku
Jika aku tewas

Hari ini,
Aku masih cuba menggagahi diriku
untuk belajar menerima segala dugaan
untuk redha di atas segala ketetapannya
Dan hari ini aku masih terus mencuba

Hari ini
Aku masih disini
masih cuba meraih impianku
semoga diriku akan dan terus berjaya
dalam menempuh ujian ini

Kalau kita dah cuba buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh walaupun kita tidak tahu bagaimana untuk melakukannya kita tidak akan menyesal bahkan kita akan berasa puas hati dengan apa yang kita usahakan..

Alhamdulillah..

Happynyer hari ni ye la mana tidaknya sasterawan negara datang ke sekolah kami..hmm..best2x..dan mulai post kali ini aku akan cuba menggunakan kata-kata yang sopan dan ayat yang penuh untuk menaip setiap patah dalam penulisan aku di blog ini..rasa macam mahu menyahut sahaja cabaran beliau iaitu "Bahasa memartabatkan bangsa"..kitakan orang melayu tidak salah rasanya untuk menulis atau menaip dalam erti kata melayu yang sebenar.. huhu^^.. cukup bermotivasi betul aku kali ini selepas mendengar slot yang disampaikan oleh sasterawan negara ini.. bermacam-macam informasi yang aku perolehi.. contohnya seperti kriteria seorang sasterawan, bagaimana hendak menjadi sasterawan yang berjaya dan macam-macam lagi.. Ianya membangkitkan semangat aku untuk cuba berkecimpung dalam dunia penghasilan karya pula.. hmm aku bertambah berbangga lagi kerana sasterawan yang aku maksudkan ini lahir di negeri yang sama dengan negeri kelahiranku iaitu Selangor Darul Ehsan.. huhu^^.. cukup-cukup berbangga..nak tahu siapa sasterawan tersebut??ini dia..
DATUK DR. ANWAR RIDHWAN bersama Guru Sekolah kami DR. GHAZALI BIN LATEH..