Ros Biru..

Betul ke ya..ros biru bermakna bunga penuh misteri..?? tak percaya lah.. haha XD..apa2je la..

:: Cinta sama ros biru ::

September..

Bulan yang paling aku suka apatah lagi cinta..sebab apa?? banyak sebabnya, antaranya sebab aku lahir pada bulan ini, sambut raya pun pada bulan ini, abang aku dapat tawaran kerja pun bulan ini, banyak perkara menggembirakan jatuh pada bulan september pada tahun ini..huhu^^..suka2x.. dan mungkin disebabkan itu juga lah "post" aku pada bulan ini sangatlah banyak berbanding bulan-bulan yang sebelumnya..huhu^^..pape je la..tak ada pape yang menarik pun.. sekadar nak bercerita saja..

Mimpi yang pelik..

Cenggini nak dijadikan cerita malam tadi..eh malam ke bukan pagi tadi ke ..?? cenggini pagi tadi lah dalam pukul 1.30 macam tu aku ada terjaga memang dah niat nak "study" sebab pada waktu siangnya ada "exam" tapi disebabkan nak "delay" lagi aku tidur balik..tup tup sedar-sedar balik da pukul 3 pagi ingat nak sambung setengah jam je konon nak bangun pukul 2..tapi yang tak boleh blahnya(bak kata kasar).. ley lak dalam masa 1 jam setengah tu aku mimpi yang aku dah menikah.. dah lak tu boleh pula dirahsiakan dari pengetahuan sahabat perjuangan aku sendiri.. haish..pelik sungguh la..tapi yang hairannya kenapa perasaan aku rasa lain sangat..macam satu perasaan bahagia yang tak tergambar di minda.. bak kata aku tak pernah rasa lah perasaan bahagia macam tu sebelum ni.. haish.. mmm.. mainan tidur kan.. tu la bila dah pasang niat nak belajar teruskan jangan tangguh-tangguh kan dah lain jadinya.. ishk2x.. haha XD.. tergelak sendiri aku dibuatnya..tapi apapun mimpi tu memang sangat membahagiakan.. suka sangat..

Kenapa ya ?

Tak tahu kenapa hari ini tetiba pula nak "post entry" macam ni..bukan apa saja nak cerita apa yang aku rasa.. bukan apa aku seronok tengok orang lain terutama kawan-kawan aku yang dah ada "soulmate" ..kenapa ye??.. mmm mungkin aku ada keinginan seperti mereka juga kot.. entahlah.. tapi memang ini bukan masa yang sesuai untuk berpacaran bagi aku..cukuplah sekali pengalaman yang pernah ada atau yang lebih tepat yang pernah aku lalui.. hmm.. entahlah tengok orang lain gembira dan bahagia sudah cukup kot buat masa ini.. huhu^^..suka bila diorang cerita pasal hubungan diorang..lagi-lagi yang berjauhan dari pasangan mereka..huhu^^..semoga hubungan diorang kekal hingga ke jinjang pelamin.. insyaAllah.. Amin..

10 Tanda Dia Adalah Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:
p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

Alhamdulillah..

Semalam di sekolah ada Majlis penyampaian anugerah kecemerlangan dan jamuan hari raya anjuran PERSADA (Persatuan Bekas Pelajar).. dan apa yang nk dikongsikan disini adalah aku merupakan salah seorang daripada penerima anugerah PERSADA tersebut yang julung-julung kalinya diadakan di sekolah aku.. aku bersama 9 rakan yang lain menerima anugerah kecemerlangan ini bagi kategori STPM.. Alhamdulillah..gembira rasanya apabila kita diraikan dalam sebuah Majlis yang cukup bermakna disamping ibubapa yang menjadi pengiring semasa menerima anugerah tersebut..terima kasih kepada mak dan abah..terutama sekali kepada abah yang tergesa-gesa pulang dari tempat kerjanya semata-mata untuk menghadirkan diri atas permintaan aku dan untuk memenuhi jemputan dari pihak sekolah..terima kasih yang tak terhingga dari anakmu..terima kasih sekali lagi kepada kedua-duanya..

hee~ (abaikan muka itu)

Puisi cinta..

Cinta adalah kekuatan..
Yang mampu mengubah duri menjadi mawar
Mengubah cuka menjadi anggur
Mengubah sedih menjadi riang
Mengubah amarah menjadi ramah
Mengubah musibah menjadi muhibbah
Itulah cinta..


Sekalipun cinta telah ku huraikan
Dan ku jelaskan panjang lebar,
Namun jika cintaku datangi,
Aku jadi malu pada keteranganku sendiri..

Meskipun lidahku telah mampu menghuraikan,
Namun tanpa lidah,
Cinta ternyata lebih terang..
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

Kata-kata pecah berkeping-keping,
Begitu sampai kepada cinta..

Dalam menghuraikan cinta,
Akal terbaring tak berdaya,
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..

:: Subhanallah ::

Keikhlasan..

Ya Allah..
Kau ikhlaskan lah hatiku ini dalam segala perbuatan dan tutur kataku..
moga aku tidak menjadi seorang yang mempunyai perasaan dengki, dendam dan sifat-sifat mazmumah yang dikeji olehmu..

Ya Allah..
hanya padamu ku bersujud dan berdoa..
ikhlaskan lah hatiku ini agar hatiku ini sentiasa terpelihara daripada segala godaan-godaan syaitan yang membinasakan..
bantulah hambamu ini dalam memelihara hati yang mudah lemah..

Ya Allah..
berikanlah aku kekuatan dan ketabahan dalam menempuh segala ujianmu..
pandulah hambamu ini ke jalan yang diredhai mu..
berilah aku amaran sekiranya aku berniat untuk melakukan kesilapan..

Hambamu ini mudah khilaf..
maka aku bermohon padamu Ya Allah terangilah hatiku agar aku dapat merasa kehangatan iman dan ketaqwaan dari-Mu..
Bantulah hambamu ini Ya Allah dalam mencari keikhlasan hati dalam diriku sendiri...
agar aku menjadi hambamu yang solehah..Amin ya rabbal alamin..

What ??!!

"Trial is just around the corner"??..feeling dizzy n weezy..see ya !..want to go to study..(TxT)..xoxo..

Akan ku jumpa..

Lirik lagu : "Akan ku jumpa"
Penyanyi : "Azfar"
Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bilakah kita nak berlari
Namun yakin ku takkan ku temui
Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkah ku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia
Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu
Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara
Cinta jangan sembunyi
Andai ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini
Cinta jangan engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri mu

Kumbang..

Hmm..apa yang menarik agaknya ya..haha XD..kumbang yang aku maksudkan ini ialah lelaki..kenapa dengan lelaki..??.. nak dijadikan cerita macam ni.. kami ni kan perempuan bila dah dalam kelas duduk bersama bersembang mesti topik yang akan dibincangkan berkaitan lelaki atau lebih tepatnya mengenai cinta antara adam dan hawa.. sejujurnya hati perempuan mana yang tak mahu dibelai oleh seseorang yang bukan mahramnya dalam erti kata lain berlainan jantina darinya.. dan ianya juga termasuklah diriku ini..memang takkan lari la..dan apa yang aku nak kongsikan dekat sini..sekarang ini aku memang langsung tak ada perasaan yang lebih dari seorang sahabat kepada sahabat yang berasal dari kaum adam ini..memang tak ada..kalau adapun setakat suka-suki saja..tak lebih dari itu pun perasaan aku..jadi kalau tiba-tiba aku menggada-ngada tu jangan lah fikir lain.. sebab aku memang tak ada niat lain cuma sekadar ingin bergurau saja.. memang cara aku bergurau begitu..jadi tolonglah jangan salah faham wahai warga kumbang sekalian..hmm..^^..

lega..^^..
terluah juga..

Ketika cinta..

Aku suka bercerita tentang cinta.. cinta tentang remaja.. mungkin kerana aku pernah melaluinya dan disebabkan itu ku suka berkata-kata tentang cinta.. hmm.. sah banyk sangat dengar, lihat dan baca tentang cinta.. ataupun disebabkan penangan cerita tentang ketika cinta bertasbih..??.. boleh jadi ianya benar..sebab ceritanya memang sangat menarik A++..rugi siapa yang tak tengok lagi..huhu^^..

Saya nak jadi macam Anna Althafunnisa seperti dalam filem ketika cinta bertasbih..^^..

sah macam budak-budak..
 tak matang lagi..
haha XD..

Tukar layout baru..

Tinggal kenangan..
..cinta warna biru..

Hari yang ceria..

Kenapa ye??huhu^^..hari ni kawan-kawan baik aku datang buat "surprise" kat rumah aku..aku ingat diorang tu datang nak beraya..pandai betul diorang kalentong nyer aku..nak pergi tandas lah, nak tengok rumah la..apa-apa je lah..sekali bila dah sampai depan..nah!! ambik kau!!..Happy birthday to you !!..haha XD..memang bagus betul perancangan diorang macam kene bang bang boom rasanya..haish..tapi itu lah yang buat aku ceria sangat-sangat hari ini..terima kasih kepada "mind master" untuk hari ini..anda memang terbaik..!!..dan terima kasih untuk hadiah yang juga terbaik !!..huhu^^..

nama "mind master" tersebut..
terpaksa dirahsiakan..
atas sebab-sebab tertentu..
sekian terima kasih.. 


Lirik lagu..

Lagu “Haramkah”
Artis “Melly Goeslaw”

Haram-Haramkah Aku
Bila Hatiku Jatuh Cinta
Tuhan Pegangi Hatiku
Biar aku Tak Jadi Melanggar

Aku Cinta Pada Dirinya
Cinta Pada Pandang Pertama
Sifat Manusia Ada Padaku
Aku Bukan Tuhan

#
Haram-Haramkah Aku
Bila aku Terus Menantinya
Biar Waktu Berakhir
Bumi dan Langit Berantakan

##
Aku Tetap Ingin Dirinya
Tak Mungkin aku Berdusta
Hanya Tuhan Yang Bisa Jadikan
Yang Tak Mungkin Menjadi Mungkin

Reff:
Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal
Di Mata Dunia Juga Akhirat
Biar aku Sepi aku Hampa aku Basi
Tuhan Sayang Aku

Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal
Dengan Dia Tentu Atas Izinnya
Ketika Cinta Bertasbih
Tuhan Beri aku Cinta
ku Menanti Cinta

Gembiranya..

"my birthday is today!!" ho ho ho..."peace"

Warna Biru ??

Sebenarnya kan kalau korang perasan blog aku ni penuh dengan warna biru kan.. kenapa ya? haa..mestilah sebab aku suka warna biru..bukan apa..entahlah memang dari kecik dah suka warna biru ni.. tapi tak adalah dalam semua aspek kehidupan aku akan memilih warna biru sebagai warna pilihan..cuma dalam waktu-waktu tertentu saja..warna lain pun masih suka juga..cuma lebih sukanya pada warna biru la..huhu^^..
orang kata suka warna biru tak apa..
janji pemikiran bersih..
orang kata lagi (katakan tidak pada otak biru)
ye ke ?? hmm entah lah..
 

Serabut??

Blog aku ni..sekali pandang macam dah "okay"..4,5 kali pandang macam pelik..10 kali pandang nampak serabut pula..hmm..nak tukar "template" lain tak ada yang berkenan di hati..pening dah mencari "design template" yang sesuai dengan blog aku ni.. tapi keputusannya tetap tak menepati kemahuan aku..tapi tak apalah biar saja lah..yang penting "entry" yang nak disampaikan..kan2x...tul tak??huhu^^..

Selamat Hari Raya Aidilfitri..


Alhamdulillah..setelah hampir sebulan kita berpuasa lagi 3 hari tibalah Hari Raya Aidilfitri yang mulia..dan seperti biasa bila tiba saja hari Raya maka tidak lengkap rasanya tanpa ucapan mohon dan maaf kepada semua tidak kira sama ada keluarga, para sahabat, muslimin dan muslimat sama ada secara langsung atau tidak yang mengenali diri ini..tetapi "entry" kali ini khas aku buat untuk para sahabat handai..

Baiklah, di sini aku yang bernama NOOR ALINA SYAHIDA ingin memohon ampun dan maaf kepada korang semua  sekiranya terdapat salah dan silap yang telah aku lakukan sama ada secara langsung atau tidak langsung.. mungkin diri ini khilaf tanpa sedar..ampunilah diri aku sekiranya terdapat kesalahan yang telah aku lakukan sepanjang perkenalan kita..halalkanlah segala perlakuan, perbuatan, percakapan aku selama aku berkawan dengan korang termasuk makan dan minum aku bagi sesiapa yang sememangnya murah hati dengan aku..terima kasih banyak-banyak..aku nak korang tahu yang koranglah kawan terbaik aku selama aku hidup ini..sangat seronok kawan dengan korang..suka dan duka dikongsi bersama..dan setelah aku risik hati dan fikiran aku dalam-dalam aku yakin yang diri aku tak ada perasaan dendam, sakit hati, menyampah dah kat korang..0-0..dan bagi sesiapa yang rasa aku ada buat salah besar ngan dirinya jangan segan-silu bagi tahu aku.. "confirm" aku akan minta maaf kat korang cepat-cepat.."okay" korang semua..sayang korang <3<3<3...huhu^^..

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Tulus dan ikhlas Ampun dan Maaf dariku~


Trial VS Raya..

Baiklah macam ni..nak kata aku dilema tak ada la sangat..cuma nak cerita kat sini, mungkin raya tahun ni kurang meriah bagi aku.. mungkin ..tak kata tak meriah langsung, sebab lepas 2 minggu raya tahun ni aku akan menghadapi peperiksaan percubaan STPM..nak kata takut tak langsung..cuma rasa tak bersedia saja.. apa-apa pun raya tetap raya, belajar tetap belajar.. kan2x.. huhu^^..

Masa untuk membahagikan masa yang ada..
"Time Management"..Yes !


Suka-suka..

Tadi saja-saja buka aplikasi untuk "edit" gambar..saja cuba-cuba dan tak sangka ianya comel belaka..itu yang saja nk letak kt blog ni..buat tatapan..huhu^^..

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
My Cute Baby
Scrapbook at WiddlyTinks.com
My Cute Baby


Cinta..

Kata Nabi, ciri-ciri dari cinta sejati ada tiga :
  1. Lebih suka berbicara dengan yang dicintai berbanding dengan yang lain,
  2. Lebih suka bersama dengan yang dicintai berbanding dengan yang lain,
  3. Lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai berbanding dengan kemahuan orang lain atau diri sendiri.
CINTA FATAMORGANA ialah cinta kepada seseorang yang disangkakan berkekalan, namun akhirnya cinta itu putus di tengah jalan

"Definition of L.O.V.E.."

Dalam Qur'an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini adalah penjelasannya:
  1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan "nggemesi". Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, selalu ingin bersama berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tidak boleh berfikir tentang yang lain. 
  2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, bersedia berkorban, dan melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya berbanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan pasangan kekasihnya meskipun terpaksa menderita. Ia sangat memahami kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya. Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antara orang yang mempunyai talian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur'an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim. Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu bersilaturrahim, atau silaturrahmi ertinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.
  3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menguasai seluruh perhatian hingga hal-hal lain yang cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur'an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.
  4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyedari apa yang dilakukan. Al Qur'an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, isteri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.
  5. Cinta ra'fah, iaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak tega membangunkannya untuk solat, membelanya meskipun salah. Al Qur'an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus hukuman bagi pezina (Q/24:2).
  6. Cinta shobwah, yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur'an menyebut term ni ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaikha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)
  7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur'an tetapi dari hadis yang metafsirkan al Qur'an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahawa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimah kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma'tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as'aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa'ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu. Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi.
  8. Cinta kulfah. yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positif meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan bilik sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur'an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)
__________________________________________________________
Jadi terpulanglah pada diri kita sendiri untuk memilih cinta yang bagaimana agar cinta yang kita miliki itu mendapat keredhaan dari Allah s.w.t..

Ini sahaja yang dapat dikongsikan..ukhuwah fillah..selamat beramal..insyaAllah..~~

Buat Ingatan untuk Diriku..

Bismillahirrahmanirrahim…


Ya Allah…

Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…


Ya Muhaimin…

Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…


Ya Rabbana…

Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…


Ya Rabbul Izzati…

Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…


Ya Allah…

Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…


Ya Allah…

Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…


Ya Allah,

Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…


Amin ya rabbal alamin…