Assalam..
My heart is fragile
Handle it with care
Hold it tight
So that nothing to be worry
Wassalam..
Showing posts with label Keikhlasan hati. Show all posts
Showing posts with label Keikhlasan hati. Show all posts
Hari ini..?
Sedih sangat weyh.. mane taknya hari ini ada sesi bermaaf-maafan.. keluar semua airmata aku.. keinsafan sangatlah hari ini.. rasa tenang sangat.. hari jumaat yang sangat indah dan diberkati bermaaf-maafan sesama kita.. alangkah indahnya..kalaulah hari-hari begini.. takkan ada permusuhan sesama mukmin.. bahkan sejahtera sentiasa kepada mukminin dan mukminat sekalian.. Alhamdulillah..aku rasa tenang sangat hari ini.. rasa apa yang tersirat dan tersurat dalam hati ini telah pun dapat diluahkan.. semoga aku jadi lebih ikhlas dan tawaddhuk dalam setiap perkara yang aku lakukan.. dan apa yang paling penting aku nak tekankan kat sini aku sayang sangat-sangat kat sahabat-sahabat aku dan semua yang mengenali aku.. walaupun aku pandai berhujah, pandai bermadah, pandai berkata-kata, pandai menyimpul ayat tapi tanpa pendengar dan pengkritik yang setia tak mungkin aku akan jadi seperti apa yang aku katakan tadi.. aku sayang mereka sebagaimana aku sayang pada diri aku sendiri.. terima kasih Ya Allah kerana engkau telah mengurniakan aku sahabat-sahabat yang hatinya sangat lembut, suci dan murni.. semoga mereka semua sentiasa dalam redhamu dan sentiasa mendapat kejayaan di muka bumi mu ini.. insyaAllah Amin..
Tidak lupa juga buat guru-guru yang tercinta yang tidak pernah jemu dan lelah mendidik kami semua sehingga keakhirnya.. takkan ku lupa jasamu wahai guruku tanpamu takkan ku berani apatah lagi kuat untuk melangkah masuk ke dewan peperiksaan pada 23.11.2010 nanti.. terima kasih yang tidak terhingga dari anak muridmu ini kepada :
Cikgu Faizah
Cikgu Haliza
Cikgu Rafiah
Cikgu Kamarudin
Cikgu Manan
Cikgu Masliza
Cikgu Junaidah
Sir Palaniappan
Cikgu Adzlina
Cikgu Azuriah
Cikgu Nazahiyah
Juga tidak dilupakan cikgu-cikgu tingkatan 6 yang lain.. walaupun cikgu tidak mengajar saya cikgu-cikgu sentiasa dan tetap dalam ingatan saya.. terima kasih kepada semua cikgu tingkatan 6 kerana telah memilih saya sebagai tokoh pelajar tingkatan 6 bagi tahun 2010.. terima kasih yang tidak terhingga.. satu penghargaan besar yang pernah saya terima sepanjang 19 tahun saya bernafas dimuka bumi Allah s.w.t ini.. terima kasih sekali lagi..
Keikhlasan..
Ya Allah..
Kau ikhlaskan lah hatiku ini dalam segala perbuatan dan tutur kataku..
moga aku tidak menjadi seorang yang mempunyai perasaan dengki, dendam dan sifat-sifat mazmumah yang dikeji olehmu..
Ya Allah..
hanya padamu ku bersujud dan berdoa..
ikhlaskan lah hatiku ini agar hatiku ini sentiasa terpelihara daripada segala godaan-godaan syaitan yang membinasakan..
bantulah hambamu ini dalam memelihara hati yang mudah lemah..
Ya Allah..
berikanlah aku kekuatan dan ketabahan dalam menempuh segala ujianmu..
pandulah hambamu ini ke jalan yang diredhai mu..
berilah aku amaran sekiranya aku berniat untuk melakukan kesilapan..
Hambamu ini mudah khilaf..
maka aku bermohon padamu Ya Allah terangilah hatiku agar aku dapat merasa kehangatan iman dan ketaqwaan dari-Mu..
Bantulah hambamu ini Ya Allah dalam mencari keikhlasan hati dalam diriku sendiri...
agar aku menjadi hambamu yang solehah..Amin ya rabbal alamin..