Showing posts with label Perasaan gembira. Show all posts
Showing posts with label Perasaan gembira. Show all posts

GemBira BerSaMa MerEka..


Assalam..
Erm..erm..walaupun kisah macam nak luput da..tapi..tapi..nak share gak kat sini..
actually, waktu kerja kumpulan inilah "the best moment and memory to be remembered I had since I've been called as an UPSIrian"..sebab kenapa?? waktu ini lah paling aku happy sangat-sangat..aku jadi manusia yang different sangat..macam tak tahu malu pun ada..tapi..tapi..ada aku kisah..I'm enjoying done that by myself..tak kisah lah apa orang nak kata..aku telah menjadi diri sendiri..walaupun penat, susah, macam-macam hal..tapi aku berjaya juga perform dengan baik untuk membentuk gerak kerja bagi kumpulan kitorang PBSM Group Delta..I would never forget it..truly..

aku juga nak share gambar-gambar yang aku ada masa aktiviti berlangsung..terejal habis bak kata orang melaka..hehe..rindu SMTM..teacher's and memories..argghh!!! (started disturbing me..)=="..

Group Kembara Alam
Group Futsal 
Gambar ramai-ramai walau tak semua ada
(aku cameraman hehe..)
Pengarah Projek katanya..haha XD
With My Roomate..^^..
Model untuk Group Kami..huhu^^..
(Yup.. presenting to u olz.. Cik Haida)
Tak Lupa juga rakan kami di KAB..^^..

Sebenarnya ada banyak lagi gambar yang nak diupload..tapi..tak apalah..tak larat bila kemalasan melanda.. ahakzss!!..

Oke lah..Wassalam..



Hari ini..?

Sedih sangat weyh.. mane taknya hari ini ada sesi bermaaf-maafan.. keluar semua airmata aku.. keinsafan sangatlah hari ini.. rasa tenang sangat.. hari jumaat yang sangat indah dan diberkati bermaaf-maafan sesama kita.. alangkah indahnya..kalaulah hari-hari begini.. takkan ada permusuhan sesama mukmin.. bahkan sejahtera sentiasa kepada mukminin dan mukminat sekalian.. Alhamdulillah..aku rasa tenang sangat hari ini.. rasa apa yang tersirat dan tersurat dalam hati ini telah pun dapat diluahkan.. semoga aku jadi lebih ikhlas dan tawaddhuk dalam setiap perkara yang aku lakukan.. dan apa yang paling penting aku nak tekankan kat sini aku sayang sangat-sangat kat sahabat-sahabat aku dan semua yang mengenali aku.. walaupun aku pandai berhujah, pandai bermadah, pandai berkata-kata, pandai menyimpul ayat tapi tanpa pendengar dan pengkritik yang setia tak mungkin aku akan jadi seperti apa yang aku katakan tadi.. aku sayang mereka sebagaimana aku sayang pada diri aku sendiri.. terima kasih Ya Allah kerana engkau telah mengurniakan aku sahabat-sahabat yang hatinya sangat lembut, suci dan murni.. semoga mereka semua sentiasa dalam redhamu dan sentiasa mendapat kejayaan di muka bumi mu ini.. insyaAllah Amin..

Tidak lupa juga buat guru-guru yang tercinta yang tidak pernah jemu dan lelah mendidik kami semua sehingga keakhirnya.. takkan ku lupa jasamu wahai guruku tanpamu takkan ku berani apatah lagi kuat untuk melangkah masuk ke dewan peperiksaan pada 23.11.2010 nanti.. terima kasih yang tidak terhingga dari anak muridmu ini kepada :

Cikgu Faizah
Cikgu Haliza
Cikgu Rafiah
Cikgu Kamarudin
Cikgu Manan
Cikgu Masliza
Cikgu Junaidah
Sir Palaniappan
Cikgu Adzlina
Cikgu Azuriah
Cikgu Nazahiyah

Juga tidak dilupakan cikgu-cikgu tingkatan 6 yang lain.. walaupun cikgu tidak mengajar saya cikgu-cikgu sentiasa dan tetap dalam ingatan saya.. terima kasih kepada semua cikgu tingkatan 6 kerana telah memilih saya sebagai tokoh pelajar tingkatan 6 bagi tahun 2010.. terima kasih yang tidak terhingga.. satu penghargaan besar yang pernah saya terima sepanjang 19 tahun saya bernafas dimuka bumi Allah s.w.t ini.. terima kasih sekali lagi..

A Graduation Day..

Alhamdulillah ternyata doa aku pada hari ini dimakbulkan Allah s.w.t. Hari Graduasi dan Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 6 Atas berjalan dengan lancar..tarikh yang memang aku takkan lupa..telah menjadi sejarah..dan kenangan manis yang takkan aku lupakan pada 28.10.2010 bersamaan hari Khamis..Aku mendapat lima sijil pada hari ini..walaupun tak dapat anugerah cemerlang Trial STPM 2010.. tapi alhamdulillah dan aku sangat gembira dan berbangga apa bila diberi penghargaan sebagai...

Tokoh Pelajar Tingkatan 6 Atas 2010


Aku tahu aku tak layak untuk menerima penghargaan tokoh pelajar ini.. tapi selepas aku dengar kata-kata cikgu keyakinan aku untuk terima penghargaan ini jadi sangat teguh..mungkin aku tak nampak kelebihan yang aku ada tapi cikgu-cikgu dapat kesan semua itu, aku manalah tahu kan..tak mengapa aku akan anggap penghargaan ini sebagai batu loncatan untuk aku lebih maju dalam hidup, takkan asyik nak amik hati ngan apa yang orang kata kan..terima kasih cikgu..oleh kerana ini adalah pertama kali aku dapat penghargaan yang sangat besar maknanya ini aku takkan lupa sampai bila-bila..insyaAllah..terima kasih cikgu..

Dan oleh kerana terasa nak reward myself atas apa yang aku terima pada hari ini..

jeng..jeng..jeng..


Cantik x??original ni..haha xoxo..aku ni peminat setia chelsea..pasni ley la kan gantung kat fon..hihi^^..
Saja beli untuk menggembirakan hati..sebab ada insiden-insiden yang melukakan hati ini siang tadi..
huhu^^..biasalah hal terasa-terasa ni..nama pun orang pompuan..haha XD..

Weekend again..??

Urmm nampaknya weekend aku kali ni pun busy lagi.. mana tidaknya sabtu ahad ni aku pergi Perak one family sebab nak pi tengok my 2nd brother terima ijazah dekat UTP.. ah ha he is my awesome brother luv him mush mush.. haha XD.. actually luv his money teett!!.. just kidding.. whatever it is can't wait for tomorrow.. going to Lost world of tambun and the next day my brother graduation day.. can't wait to see him wearing the robe and the mortar board.. will upload the pic soon.. see ya !

Best Day..

Kenapa lak best?? Ah ha.. bukan apa.. semalam aku pergi wedding ceremony my uncle.. boleh kata macam tu lah..walaupun aku ada kata sebelum ini yang kitorang tak berapa rapat.. tapi Alhamdulillah best.. kitorang whole family including my grandmother, niece, uncle, aunty.. all people in my big family went there together.. and that was my first drive to Subang Jaya.. feel agak gelabah but finally arrive with a beautiful smile.. walaupun majlis akad nikah hanya kecil-kecilan, bagi aku itu sudah sangat best dan menggembirakan.. dan perkara yang paling aku tak sabar nak tengok semalam adalah Tn. Profesor itu sendiri and of course our bride.. she's so beautiful and special.. really nice like the theme white+black.. there's a few picture that i snap during the day..

Tn. Profesor..

His Daughter..(the bride)

my niece n sister.. bila lah turn aku..ececeh!

cheese !

Peace !

Penghargaan..??

Hari ini..
Aku balik je dari sekolah..
nampak surat kat post box..
banyak surat..

Masuk rumah..
check surat..
ade name aku..
try buka..

eeh..
Dapat Sijil Penghargaan pula..
dari pihak PNB pula tu..
bersempena Karya Seni Kreatif 1 Malaysia..

tak tahu pula dapat sijil..
da tahu da kalah..

hihi^^..
Apapun tetap happy..
terima kasih PNB..
and..
my teacher : Cik Faizah Deris..
Kalau bukan disebabkan cikgu saya tak kan dapat sijil macam ni..

huhu^^..

September..

Bulan yang paling aku suka apatah lagi cinta..sebab apa?? banyak sebabnya, antaranya sebab aku lahir pada bulan ini, sambut raya pun pada bulan ini, abang aku dapat tawaran kerja pun bulan ini, banyak perkara menggembirakan jatuh pada bulan september pada tahun ini..huhu^^..suka2x.. dan mungkin disebabkan itu juga lah "post" aku pada bulan ini sangatlah banyak berbanding bulan-bulan yang sebelumnya..huhu^^..pape je la..tak ada pape yang menarik pun.. sekadar nak bercerita saja..

Mimpi yang pelik..

Cenggini nak dijadikan cerita malam tadi..eh malam ke bukan pagi tadi ke ..?? cenggini pagi tadi lah dalam pukul 1.30 macam tu aku ada terjaga memang dah niat nak "study" sebab pada waktu siangnya ada "exam" tapi disebabkan nak "delay" lagi aku tidur balik..tup tup sedar-sedar balik da pukul 3 pagi ingat nak sambung setengah jam je konon nak bangun pukul 2..tapi yang tak boleh blahnya(bak kata kasar).. ley lak dalam masa 1 jam setengah tu aku mimpi yang aku dah menikah.. dah lak tu boleh pula dirahsiakan dari pengetahuan sahabat perjuangan aku sendiri.. haish..pelik sungguh la..tapi yang hairannya kenapa perasaan aku rasa lain sangat..macam satu perasaan bahagia yang tak tergambar di minda.. bak kata aku tak pernah rasa lah perasaan bahagia macam tu sebelum ni.. haish.. mmm.. mainan tidur kan.. tu la bila dah pasang niat nak belajar teruskan jangan tangguh-tangguh kan dah lain jadinya.. ishk2x.. haha XD.. tergelak sendiri aku dibuatnya..tapi apapun mimpi tu memang sangat membahagiakan.. suka sangat..

Kenapa ya ?

Tak tahu kenapa hari ini tetiba pula nak "post entry" macam ni..bukan apa saja nak cerita apa yang aku rasa.. bukan apa aku seronok tengok orang lain terutama kawan-kawan aku yang dah ada "soulmate" ..kenapa ye??.. mmm mungkin aku ada keinginan seperti mereka juga kot.. entahlah.. tapi memang ini bukan masa yang sesuai untuk berpacaran bagi aku..cukuplah sekali pengalaman yang pernah ada atau yang lebih tepat yang pernah aku lalui.. hmm.. entahlah tengok orang lain gembira dan bahagia sudah cukup kot buat masa ini.. huhu^^..suka bila diorang cerita pasal hubungan diorang..lagi-lagi yang berjauhan dari pasangan mereka..huhu^^..semoga hubungan diorang kekal hingga ke jinjang pelamin.. insyaAllah.. Amin..

Alhamdulillah..

Semalam di sekolah ada Majlis penyampaian anugerah kecemerlangan dan jamuan hari raya anjuran PERSADA (Persatuan Bekas Pelajar).. dan apa yang nk dikongsikan disini adalah aku merupakan salah seorang daripada penerima anugerah PERSADA tersebut yang julung-julung kalinya diadakan di sekolah aku.. aku bersama 9 rakan yang lain menerima anugerah kecemerlangan ini bagi kategori STPM.. Alhamdulillah..gembira rasanya apabila kita diraikan dalam sebuah Majlis yang cukup bermakna disamping ibubapa yang menjadi pengiring semasa menerima anugerah tersebut..terima kasih kepada mak dan abah..terutama sekali kepada abah yang tergesa-gesa pulang dari tempat kerjanya semata-mata untuk menghadirkan diri atas permintaan aku dan untuk memenuhi jemputan dari pihak sekolah..terima kasih yang tak terhingga dari anakmu..terima kasih sekali lagi kepada kedua-duanya..

hee~ (abaikan muka itu)

Hari yang ceria..

Kenapa ye??huhu^^..hari ni kawan-kawan baik aku datang buat "surprise" kat rumah aku..aku ingat diorang tu datang nak beraya..pandai betul diorang kalentong nyer aku..nak pergi tandas lah, nak tengok rumah la..apa-apa je lah..sekali bila dah sampai depan..nah!! ambik kau!!..Happy birthday to you !!..haha XD..memang bagus betul perancangan diorang macam kene bang bang boom rasanya..haish..tapi itu lah yang buat aku ceria sangat-sangat hari ini..terima kasih kepada "mind master" untuk hari ini..anda memang terbaik..!!..dan terima kasih untuk hadiah yang juga terbaik !!..huhu^^..

nama "mind master" tersebut..
terpaksa dirahsiakan..
atas sebab-sebab tertentu..
sekian terima kasih.. 


2 Perkara 1 masa..??

Hari ini tersangat best kerana hari ini merupakan minggu terakhir bagi minggu ko-akademik anjuran sekolah aku..dan apa yang menarik nak dikongsikan disini pada hari ini, tak sangkanya aku berjaya selesaikan 2 aktiviti dalam satu hari dan alhamdulillah salah satu daripada pertandingan tersebut aku menang..antara pertandingan yang aku masuk ialah pertandingan pematerian(walaupun dah lama tinggalkan subjek tu, dah lupa pun) tp disebabkan galakkan dari cikgu yang mengenaliku dan tidak putus-putus memberi kata-kata perangsang akhirnya aku menawarkan diri untuk masuk pertandingan tu..dan bukan aku seorang pada waktu itu yang menawarkan diri, ada lagi 2 orang rakan aku yang turut serta dalam pertandingan tersebut..hmm dan bila di fikir-fikir kembali mungkin inilah hikmahnya kami tak dapat memasuki pertandingan "treasure hunt" Bahasa Inggeris yang juga berlangsung pada waktu  yang sama..huhu^^..terima kasih ya Allah s.w.t. ya tuhanku kerana tidak putus membantu memberikan kekuatan dan semangat padaku untuk tidak berputus asa dan terus berusaha..kemudian apabila selesai saja pertandingan pematerian tu aku ada terlibat dengan satu lagi  pertandingan iaitu kuiz pelaburan..pertandingan ini memang aku dah daftar awal pada guru yang "incharge" dengan pertandingan ini..jadi oleh kerana sudah berjanji, selesai saja pematerian aku bergegas ke tempat kuiz pelaburan..hmm ianya bukan kuiz pun tetapi kita lawan guna permainan saidina atau jutaria pastu lawan melalui situ..sama juga macam mana kita buat pelaburan kan..hmm bijak betul cikgu..huhu^^..dan yang seronoknya aku menang tempat ke-2..walaupun tak dapat tempat pertama aku tetap bersyukur sekurang-kurangnya aku "happy" hari ini...huhu^^..

Hmm..boleh pun kan lakukan 2 perkara dalam 1 masa..cuba kalau belajar pun aku buat macam itu sambil membaca, buat latihan.."confirm" aku boleh dapat "straight" A's STPM nanti..huhu =)..