Aku ni selalu kata exam da dekat, around the corner lah apa lah, tak cukup masa lah tapi masih tak sedar-sedar juga..dah tahu exam nak dekat bukan nak sibuk study ke ni tak asyik melagho je..nati dapat result teruk nak menyesal lah apa lah, sedih lah, rasa macam tak ada masa depanlah..salah diri sendiri dah tahu macam tu tak nak concentrate belajar kenapa kan..hah nanti jangan mengade nak mengadu kat sesape bila dapat result teruk, jangan nak salahkan sesape salahkan diri sendiri yang pemalas tu..padan muka kau alina..!!
Masa..
Wow! lagi 3 minggu jew..??pejam celik pejam celik tggl 3 minggu je lg..MasyaAllah..hmm..time is runnig out..
Peneman dikala study,tido,bgn pagi,dan macam-macam lagi..
A Graduation Day..
Alhamdulillah ternyata doa aku pada hari ini dimakbulkan Allah s.w.t. Hari Graduasi dan Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 6 Atas berjalan dengan lancar..tarikh yang memang aku takkan lupa..telah menjadi sejarah..dan kenangan manis yang takkan aku lupakan pada 28.10.2010 bersamaan hari Khamis..Aku mendapat lima sijil pada hari ini..walaupun tak dapat anugerah cemerlang Trial STPM 2010.. tapi alhamdulillah dan aku sangat gembira dan berbangga apa bila diberi penghargaan sebagai...
Tokoh Pelajar Tingkatan 6 Atas 2010
Aku tahu aku tak layak untuk menerima penghargaan tokoh pelajar ini.. tapi selepas aku dengar kata-kata cikgu keyakinan aku untuk terima penghargaan ini jadi sangat teguh..mungkin aku tak nampak kelebihan yang aku ada tapi cikgu-cikgu dapat kesan semua itu, aku manalah tahu kan..tak mengapa aku akan anggap penghargaan ini sebagai batu loncatan untuk aku lebih maju dalam hidup, takkan asyik nak amik hati ngan apa yang orang kata kan..terima kasih cikgu..oleh kerana ini adalah pertama kali aku dapat penghargaan yang sangat besar maknanya ini aku takkan lupa sampai bila-bila..insyaAllah..terima kasih cikgu..
Dan oleh kerana terasa nak reward myself atas apa yang aku terima pada hari ini..
jeng..jeng..jeng..
Cantik x??original ni..haha xoxo..aku ni peminat setia chelsea..pasni ley la kan gantung kat fon..hihi^^..
Saja beli untuk menggembirakan hati..sebab ada insiden-insiden yang melukakan hati ini siang tadi..
huhu^^..biasalah hal terasa-terasa ni..nama pun orang pompuan..haha XD..
Makan ?
Ye Makan !
Ada apa dengan makan?
Ada apa dengan makan?
Aku selalu dengar iklan kat radio kata "Makan untuk Hidup" tapi bagi aku sebaliknya "Hidup untuk makan".. Hurm mana lah badan tak makin comel kan.. tapi memang itu lah tabiat aku selalu..walau dimana aku berada makan adalah keutamaanku berbanding yang lain.. sedangkan kalau tengah belajar pun tetiba rasa lapar, aku sanggup berhenti jap pergi makan dulu (kat rumah je lah) kalau kat sekolah memang cari nahas lah dengan cikgu displin.. tapi itulah hakikatnya tentang diri aku ni.. sukar dikawal nafsu makannya..tapi walau macam mana keadaan pun aku akan cuba ubah tabiat aku ni.. bahaya weyh boleh melarat dibuatnya..oke lah babai.. =)
This is it...
I'm done !.. this is my final time.. after this if there is anything happen again, aku tak akan masuk campur apatah lagi ambil tahu perihal apa yang berlaku.. i'm really tired with all the drama.. wanted everything would be so fine, but.... it's nothing..
Aku dah ambil keputusan..
aku nak dayung sampan dengan semangat yang ada..
walau aku tahu pelbagai halangan yang terpaksa aku tempuh..
tak kira lah sama ada besar atau kecil..
Aku tetap akan tempuh..
Kerana itulah laluan aku..
Dan aku akan pastikan aku berjaya menempuh laluan itu dengan jayanya..
insyaAllah..
Aku nekad !
Ya Allah kau bantulah dan lindungi aku dari segala halangan yang bakal aku tempuh dan halangan yang sedia ada.. agar aku dapat menempuh segalanya dengan hati yang redha dan ikhlas.. aku sudah tidak berdaya lagi Ya Allah.. Amin ya Rabbal A'lamin..
Doakan kejayaan saya..
Baca ! jangan tak baca..
Assalamualaikum...
Wahai sahabat² seagama denganku…
Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....
3 Minit je, tak lama pun..
Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana..
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...
"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "
"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"
"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..
tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???
Kenapa?
gelak tu kan realiti..
tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...
berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?
berapa banyak????
Wallahualam…
Sebarkanlah....
Xperlu minta izin dah.. :)
Sebab..??
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,
“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”
Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..
21.10.2010..(Happy Birthday)
Happy birthday to u my friend.. lama dah tak jumpa ko.. rindu la yunk!..huhu^^.. tak kisah la walau betapa jauhnya kita tapi ingatlah bahawa kita sentiasa dekat dihati.. sayang ko sangat-sangat..
sweet 19teen
welcome to the club..
huhu^^..
20.10.2010 (Rabu)
Ya Akhirnya dapat juga mengupdate selepas seharian menyiapkan homework.. hari ni aku tak pergi sekolah atas alasan homework tak siap untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup aku berada di Tingkatan 6.. satu tindakan yang aku sendiri anggap sangat bodoh kerana takut cikgu marah.. alasan tak munasabah weyh bila di fikir-fikir balik.. mengada-ngada pun ada.. haish.. apa la aku ni tak fikir panjang.. cikgu tu pun manusia juga.. hmm tapi hakikat sebenarnya aku seorang je yang tahu.. aku kecewa sebenarnya dengan markah paper pengajian perniagaan 1 aku sebab dapat markah rendah gila dah bukan paras nyawa-nyawa ikan lagi dah serupa dah boleh kene tanam.. walaupun dapat markah highest dalam kelas untuk subjek tu tapi aku tetap tak puas hati.. biasa la manusia macam aku ni tak reti nak bersyukur kan.. bukan, bukan macam tu aku bersyukur cuma aku nak lebih lagi.. teruk sangat la result kali ni.. tak pernah lah dapat result teruk macam tu sepanjang aku amik exam kat tingkatan 6 ni "20++" kot.. kalau paper addmath dah sah dapat 9G da..=(
My turn??
Seperti yang dijanjikan tibalah waktu memasukkan gambar sewaktu hari konvokesyen kelmarin.. Alhamdulillah, tahniah kepada abang.. segalanya berjalan dengan lancar.. abang dah pun terima skrol (my 2nd brother)..
Tahniah Brother..^^..
where is me??hihi XD
Hai bila lah turn aku untuk berjaya macam abang-abang aku ni.. Caiyok Alina !!
1st Brother - Got Degree in Business
2nd Brother - Got Degree in ICT
When will be my turn..hmm..hope can enter university after this.. Pray for my successful everyone..tq
Luar Biasa..
Kata Cikgu :
Mereka yang belajar dan berusaha secara Luarbiasa..
Pasti akan mendapat hasil atau keputusan yang Luarbiasa..
jadi..
Tinggal sebulan je lagi Alina..
pls berusaha secara luarbiasa ye..
Kejayaan sedang menunggu kita..
ingat itu sentiasa..
Thank You Allah..
Weekend again..??
Urmm nampaknya weekend aku kali ni pun busy lagi.. mana tidaknya sabtu ahad ni aku pergi Perak one family sebab nak pi tengok my 2nd brother terima ijazah dekat UTP.. ah ha he is my awesome brother luv him mush mush.. haha XD.. actually luv his money teett!!.. just kidding.. whatever it is can't wait for tomorrow.. going to Lost world of tambun and the next day my brother graduation day.. can't wait to see him wearing the robe and the mortar board.. will upload the pic soon.. see ya !
Speaking test ??
Whoa ! ..esok ada speaking test for MUET final year punya la.. alamak, harap-harap tajuknya tak ada lah susah sangat.. dah lah aku dapat candidate A.. english aku lak dah lah berterabur.. ngan pronounciation nya yang tah pape.. jangan tanya vocab hmm no komen weyh.. nampak nau aku kuno ngan english ni.. tu lah malas nak usha bahan bacaan dalam bahasa inggeris lagi.. padan muka sendiri lah.. tapi kalau boleh nak juga dapat band 3 untuk kali ni.. mid year hari tu cuma dapat band 2 je.. hmm.. serupa tak yah amik test.. huaarrrgghhh!!!.. dah-dah tak kira malam ni nak baca kamus nak betulkan pronounciation dengan nak kayakan vocabulary.. DICTIONARY !! pls help me tonight.. i need u !
Buat adik..
Aku nak ucapkan tahniah untuk adik aku yang telah habis menjawab peperiksaan PMR pada hari ini.. exam hari ini merupakan subjek terakhir bagi pelajar-pelajar PMR yang ambil periksa bagi matapelajaran bahasa arab.. huhu^^.. lepas ni boleh lah rehat puas-puas ye dik tolong mak kat rumah.. nanti berkat.. mana tahu dapat result gempak.. haha XD.. insyaAllah kan.. banyakkan solat sunat dan doa ye..~
Tukar lagu..
Herm nampaknya lately ni aku rajin sangat tukar lagu kan.. ok, kali ni aku nak cerita peristiwa di sebalik lagu nyanyian V.E ini yang bertajuk Ayu.. cerita berkisar masa aku form 5 kat SMTM.. agak kelakar bagi aku.. disebabkan lagu ni pun aku boleh ada skandal dengan seorang member dalam kelas aku sendiri.. ceritanya begini, waktu tu aku tengah berdiri kat tepi pintu kelas bosan-bosan amik angin.. time tu lak angin tengah sepoi-sepoi bahasa.. cikgu lak tak masuk sebab ada meeting.. lawak je bila teringat kisah ni.. pastu entah kenapa tetiba sekumpulan budak lelaki yang tengah duduk bersembang kat sebelah belakang tergelak-gelak.. aku yang dok tengah feeling kat tepi pintu tu jadi hairan dengan bebudaknya.. aku apa lagi blah dari situ cepat-cepat pi duduk kat kerusi meja aku balik.. dari dijadikan bahan baik aku blah awal-awal.. pastu aku terdengar lah suara-suara sumbang kat belah belakang tengah auk-auk (bahasa bebudak) aku ngan seorang member ni.. lawak juga lah.. tak pasal-pasal jadi bahan.. lepas 2,3 hari aku try lah tanya member-member aku yang lain apa kena ngan diorang.. rupa-rupanya masa aku tengah berdiri kat tepi pintu kelas aritu member sorang ni tengah nyanyi lagu Ayu sambil memandang kearah aku.. dan tak semena-menanya member kepada budak ni perasan.. apa lagi digelakkannya member sorang ni puas-puas.. pastu nak kasi lagi gempak die pun mengenakan dengan aku-aku sekali dalam kelas tu.. malu tak kepalang aku dibuatnya..ceitt!!.. haha XD.. apapepun semuanya telah pun berlaku dan masing-masing pun dah berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang masing-masing.. Alhamdulillah.. bila dikenang-kenang kembali seronok ada member kelas macam tu.. macam-macam ragam.. huhu^^.. 4/5 Mekanikal 1 (07/08)..
The word of the spirit..
they say the higher you fall, the higher you will bounce :)
All you need is 99% hardwork and 1% or genius.
Good luck ! Break a Leg !
Don't study last minute, but study till the last minute.
YOu'll never know how high you can fly, unless you spread your wings and fly.
Work hard!do your best!
Seorang Wanita..
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan".
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak- anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
10.10.10
Sebenarnya tak ada apa-apa pun.. sekadar nak post entry macam ni.. sebab?? ramai yang letak entry tarikh ni.. tu yang tertarik nk letak bak kata sahabat aku cuma sekali je dalam hayat hidup..hmm..ntah lah..jangan ada yang guna untuk beli nombor ekor sudah.. MasyaAllah.. minta dijauhkan..
Best Day..
Kenapa lak best?? Ah ha.. bukan apa.. semalam aku pergi wedding ceremony my uncle.. boleh kata macam tu lah..walaupun aku ada kata sebelum ini yang kitorang tak berapa rapat.. tapi Alhamdulillah best.. kitorang whole family including my grandmother, niece, uncle, aunty.. all people in my big family went there together.. and that was my first drive to Subang Jaya.. feel agak gelabah but finally arrive with a beautiful smile.. walaupun majlis akad nikah hanya kecil-kecilan, bagi aku itu sudah sangat best dan menggembirakan.. dan perkara yang paling aku tak sabar nak tengok semalam adalah Tn. Profesor itu sendiri and of course our bride.. she's so beautiful and special.. really nice like the theme white+black.. there's a few picture that i snap during the day..
Tn. Profesor..
His Daughter..(the bride)
my niece n sister.. bila lah turn aku..ececeh!
cheese !
Peace !
Pesanan untuk Si Dia..
Tadi usha facebook sekejap..nampak sahabat ada share video ni.. rasa terpanggil untuk berkongsi video yang menarik ini.. jom bersama kita lihat dan hayati maksud tersirat dan tersurat yang ingin disampaikan.. (^^,)
Subhanallah..
Subhanallah..
This Weekend..
Ah ha.. this weekend would be an interesting day because my whole family will go to the wedding ceremony of my relative.. for me we are not so close but according to my mother he is someone that is significant to my grandmother.. i mean father of the girl that will get married this weekend.. he also someone that grown up with a better education.. that can be describe by me as a very awesome person.. he is PROFESOR DR. MOHAMAD HUSAIN BIN HABIL.. in what i knew now he is a lecturer in one of our local university that is University of Malaya.. but my mom said he has convert to National University of Malaysia (UKM).. hmm i'm not really sure what is their actual place working now.. but what I really wanted to share here is he is really awesome whenever we are not so close.. that's all..
Inspired by : Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie
Although i'm not a science stream student anymore but tonight i've been inspired by our astronaut by soal jawab programme at tv3.. his willingness, courage, ability and others make me feel that we can also be the best..not just failed at once means we are failed forever..besides he also said that he's only a human being same like other people but what makes a difference between a human is our own desire and ability to achieve mission that we've plan..we must be our own self in what we gonna do..don't always think we don't have any good chances for future..
I must strive for my excellent future..this is my final destination to get my ticket and to enter the university..i must do and achieve it..that's all for now..
Kisah untuk dikongsi..
Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.
Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.
Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”. Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”. Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.
Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?"
Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”. Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”. Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .
Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.
Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.
Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.
Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.
Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, “Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya”.
Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu”.
Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.
Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”
Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat. Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”. Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.
Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel. “Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.
Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.
Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.
Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..
Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.
Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.
Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

***
Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu kita dalam semua perkara yang kita buat.
Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;
“…pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu, maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
***
Cemburu dengan kejayaan orang lain..??
Yup memang pun..memang tu yang aku rasa sekarang ni..bagi aku yang mungkin tak tahu pape..cakap kosong banyak..dan tah pape lagi.. tapi jauh dari sudut hati aku, aku cemburukan kejayaan orang lain.. dan ianya benar-benar bukan lagi cobaan.. pernah dalam satu artikel mengatakan "dan ingatlah walaupun kamu sudah berjaya sekarang namun kamu jangan sesekali lupa bahawa berjuta-juta orang sebelum kamu telah pun berjaya"..sejujurnya aku memang tak pernah lupa bait-bait kata ini.. buktinya ramai orang di sekeliling aku yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tidak kira la samada dalam negara atau luar negara.. dan sejujurnya aku nak sangat jadi macam mereka.. rasa rendah diri ini apabila setiap kali berada dalam kalangan mereka yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.. pelbagi cerita dikongsi bersama namun diri ini tidak mampu berkata apa-apa.. hanya mampu mendengar dan melihat kegembiraan mereka.. andai saja waktu boleh diputarkan mahu saja aku membetulkan kesilapan yang tidak sepatutnya aku sengajakan..
Kuatkanlah semangatku Ya Allah.. aku tidak mahu gagal untuk kali seterusnya.. aku tidak sanggup menghadapi masa depanku yang tak pasti.. aku akan terus berusaha Ya Allah.. bantulah hambamu ini..
Penghargaan..??
Hari ini..
Aku balik je dari sekolah..
nampak surat kat post box..
banyak surat..
Masuk rumah..
check surat..
ade name aku..
try buka..
eeh..
Dapat Sijil Penghargaan pula..
dari pihak PNB pula tu..
bersempena Karya Seni Kreatif 1 Malaysia..
tak tahu pula dapat sijil..
da tahu da kalah..
hihi^^..
Apapun tetap happy..
terima kasih PNB..
and..
my teacher : Cik Faizah Deris..
Kalau bukan disebabkan cikgu saya tak kan dapat sijil macam ni..
huhu^^..
Tarikh penting..
Tadi saja usha page Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).. dan saja nak tengok apa yang menarik.. then ternampak link Jadual Peperiksaan STPM 2010.. oh no.. its just around the corner..
Start 23.November.2010 until 13.December.2010..
means that the leave time only in about 1 month and 2 or 3 weeks more.. should be more concentrate now.. just like what my father said before..OMG.. its became a reality now.. pfft!!.. my mouth locked out..
Exam..??
Kenapa dengan aku ni.. asyik lagho je.. kata exam nak dekat da.. tinggal 1 month je lagi.. tolak makan+tido+tgk tv+blogging+sembang+huha-huha, entah tinggal bape hari je lagi tah.. pe la nak jadi ngan aku ni.. bila lah nak start concentrate to study.. the most importing thing in my life to be done this year.. STPM.. lepas ni kalu gagal juga duk umah jaga anak je la jawabnye.. tapi takkan lah aku nak kecewakan mak abah lagi sekali cukuplah sekali aku dah kecewakan mereka.. aku tak nak ulang sekali lagi kesilapan yang aku sengajakan tu.. aku pun nak belajar kat universiti macam kawan-kawan aku yang lain.. rasa jeles sangat ngan diorang.. tapi nak wat camne salah aku sendiri kan..kenapa tak belajar sungguh2 at the earlier.. maybe i'm too demanding ??..ntahlah ..tapi pe kaitannya.. Alina.. u must have the spirit, the strong spirit.. for this year only if u find it's hard to.. u must get that 4 A's in any condition u r.. u must enter that university.. university that u dream it so badly to enter.. don't just let it like a dream of a fairy tale, nothing's real.. remember that !! u must satisfied urself first before others.. after that u will know that u also can be a successfuller.. Love urself first..
Pesanan untuk Adam dan Hawa..
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.
Pemilik cinta..
Wahai Pemilik cintaku,
aku ingin bertemu denganMu,
tetapi apakan daya,
aku hanyalah hambaMu yang lemah.
Wahai Pemilik cintaku,
terimalah taubatku dan ampunkanlah dosaku,
aku ingin menjadi,
hambaMu yang selalu Kau sayangi.
Wahai Pemilik cintaku,
sekiranya aku tersasar dari jalanMu,
berikanlah aku hidayahMu,
agar dapat aku kembali ke jalanMu.
Wahai Pemilik cintaku,
berikanlah aku sekeping hati,
agar tenang hati ini,
menjalani ibadat untukMu.
Wahai Pemilik cintaku,
layakkah aku ke syurgaMu,
tetapi,
aku tidak pula sanggup ke nerakaMu.
Wahai Pemilik cintaku,
andai Kau duga diri ini dengan dugaan hidup,
sabarkanlah hatiku dan teguhkanlah imanku,
agar dapt aku menempuhi dugaanMu
Sesungguhnya hanya Engkau yang dapat memiliki hati ini dengan sepenuhnya