Showing posts with label Dilema diriku... Show all posts
Showing posts with label Dilema diriku... Show all posts

Semester 8

Assalam semua,

Lagak macam ada orang tengah baca blog ni.. haha.. tetiba malam ni rasa rajin lak nak update blog yang tak ada pengunjung ni.. Kadang-kadang rindu jugak lah dengan incik blog ni.. Malam ni tetibe rasa syahdu nk update pasal semester 8.. Ya.. Finally saya adalah seorang pelajar Semester 8 UPSI.. dan bakal menamatkan zaman degree saya dalam masa 2 bulan je lagi.. memang sangat-sangat berbangga terharu gembira sedih semua perasaan ada.. nak tahu kenapa?? sebab sem 8 ni la yang banyak sangat menguji keimanan aku sebagai seorang pelajar dibawah Jabatan Sejarah.. meskipun hanya berbekalkan 14 jam kredit tetapi kerja atau tugasan yan diamanahkan maha la banyak.. sampaikan kadang-kadang rasa nak give up pun ada.. uwaaa... bermula dengan FYP hidup ku ibarat mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena.. duhai FYP.. why? why? hmm.. sedeyh.. meskipun begitu diri ini jua dilimpahi dengan assignment yang bersusun minta diselesaikan.. ouh tidakk.. meskipun hanya ada 3 kelas sahaja pada semester ini.. namun diriku seperti tidak berdaya untuk menyelesaikannya.. terlalu banyak yang bersusun.. Maka dengan ini, aku bermohon kepadamu ya Allah S.W.T.. bantulah aku dipermudahkan segala urusan bagi semester yang terakhir ini.. semoga aku mampu menghabiskan semester 8 ini dengan jayanya.. memegang segulung ijazah yang digelar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah dengan kepujian.. Inn Shaa Allah.. Amiinn ya Rabb...

Wasalam..

Heart

Assalam..

My heart is fragile
Handle it with care
Hold it tight
So that nothing to be worry

Wassalam..

This is it...

I'm done !.. this is my final time.. after this if there is anything happen again, aku tak akan masuk campur apatah lagi ambil tahu perihal apa yang berlaku.. i'm really tired with all the drama.. wanted everything would be so fine, but.... it's nothing..

Aku dah ambil keputusan..
aku nak dayung sampan dengan semangat yang ada..
walau aku tahu pelbagai halangan yang terpaksa aku tempuh..
tak kira lah sama ada besar atau kecil..
Aku tetap akan tempuh..
Kerana itulah laluan aku..
Dan aku akan pastikan aku berjaya menempuh laluan itu dengan jayanya..
insyaAllah..

Aku nekad !

Ya Allah kau bantulah dan lindungi aku dari segala halangan yang bakal aku tempuh dan halangan yang sedia ada.. agar aku dapat menempuh segalanya dengan hati yang redha dan ikhlas.. aku sudah tidak berdaya lagi Ya Allah.. Amin ya Rabbal A'lamin..

Doakan kejayaan saya..

Cemburu dengan kejayaan orang lain..??

Yup memang pun..memang tu yang aku rasa sekarang ni..bagi aku yang mungkin tak tahu pape..cakap kosong banyak..dan tah pape lagi.. tapi jauh dari sudut hati aku, aku cemburukan kejayaan orang lain.. dan ianya benar-benar bukan lagi cobaan.. pernah dalam satu artikel mengatakan "dan ingatlah walaupun kamu sudah berjaya sekarang namun kamu jangan sesekali lupa bahawa berjuta-juta orang sebelum kamu telah pun berjaya"..sejujurnya aku memang tak pernah lupa bait-bait kata ini.. buktinya ramai orang di sekeliling aku yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tidak kira la samada dalam negara atau luar negara.. dan sejujurnya aku nak sangat jadi macam mereka.. rasa rendah diri ini apabila setiap kali berada dalam kalangan mereka yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.. pelbagi cerita dikongsi bersama namun diri ini tidak mampu berkata apa-apa.. hanya mampu mendengar dan melihat kegembiraan mereka.. andai saja waktu boleh diputarkan mahu saja aku membetulkan kesilapan yang tidak sepatutnya aku sengajakan..

Kuatkanlah semangatku Ya Allah.. aku tidak mahu gagal untuk kali seterusnya.. aku tidak sanggup menghadapi masa depanku yang tak pasti.. aku akan terus berusaha Ya Allah.. bantulah hambamu ini..

Tak mahu kahwin??

Hurmm..lain macam saja kan "entry" aku pada hari ini..bukan apa..aku adalah salah seorang yang bukan berniat tak mahu berkahwin cuma tidak berkeinginan untuk berkahwin saja..mesti ramai yang tertanya kenapa??..bukan apa, bila di fikir-fikir balik zaman sekarang dah tak macam zaman dulu..susah nak cari suami yang betul-betul boleh membimbing kita ke jalan yang diredhai..itu saja bagi aku..kita selalu dengar, lihat dan baca kat televisyen, radio, surat khabar dan macam-macam lagi sumber tentang masalah rumahtangga, penceraian. pergaduhan, pentengkaran, penderaan isteri, pembunuhan dan macam-macam lagi..perkara-perkara macam ni lah yang buatkan perasaan aku menjadi takut untuk berkahwin..tapi bila kawan-kawan cakap tak baik, berdosa tu semua hati aku jadi berbelah bahagi..cerita dengan mak pun, mak tak setuju aku ada pemikiran macam itu..jadi kesimpulannya untuk membuatkan keyakinan aku kembali utuh tentang isu perkahwinan ini aku cuba cari artikel-artikel berkaitan dengan hukum wanita yang tidak mahu berkahwin dan macam-macam lagi yang berkaitan..dan ini sebahagian daripada artikel-artikel yang aku dah baca dan aku "highlight" kan untuk dikongsikan bersama..insyaAllah..
___________________________________________________
Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.
“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.” 

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami. 

Islam melarang hidup membujang, iaitu tidak mahu berkahwin dengan maksud untuk tekun ibadah, menjauhkan diri dari kesenangan dunia dan menghindarkan diri dari kewajipan menjaga anak. Rasulullah SAW bersabda : "Tidak ada hidup membujang (rabbaniyah) dalam Islam".
Dalam Surah Al Maidah ayat 87 dijelaskan: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu dan janganlah kamu melewati batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas".
Jadi orang yang suka hidup membujang bererti mengharamkan apa yang dihalalkan Allah bagi dirinya.
_____________________________________________

MasyaAllah..begitu sekali rupanya bagi sesiapa yang berhasrat tidak mahu berkahwin..jadi fikir-fikirkan dan bermuhasabah..insyaAllah..