Buat Mentorku

Assalam.. hari ni aku nak share something about a piece of my life when i'm in the form 6.. let's begin.. mse form 6 thn lpas aku ade sorang mentor merangkap cikgu Pengajian Perniagaan 2 aku.. nak dijadikan cerita.. yes, aku sayang mentor aku ni, because she really inspired me with her passion, motivate me when i'm in depressed, make me full of desire to perform better in studies.. love her so much.. her name is Cikgu Faizah binti Deris.. she's good in handling student's mood.. she can attract their student to get focused during their teaching lesson.. she really hardworker teacher and no one doubt about that.. it's true.. she willing to stay back until 5.00 p.m. just want to make classes with their protege.. see, tak ada cikgu lain yang sanggup stay back balik sampai pukul 5 ptg semata-mata untuk anak murid.. dan disebabkan kesungguhan dia itu la aku nak buktikan sesuatu dalam result STPM aku.. n yet aku dah buktikan.. aku dapat full A for my Pengajian Perniagaan 2 yang merupakan subjek pengajaran mentorku ini.. as my reward she give me this scroll that contain my sijil kecemerlangan in her subjek.. thanks to u my beloved teacher..

dan tak lupa juga, sebelum exam kitorang sekelas pernah minta mentorku untuk bagi kata-kata semangat kat file PP2 kitorang.. then yang ini aku punya.. special siap ade love.. membe aku yang lain xde, diorg jeles.. haha XD

huhu^^.. always and always i will forever remembering you my beloved teacher.. pray for my successfull..
Wassalam~

My Room

Assalam..Yeay!! bilik da cntik.. harhar.. owh ye? ade aku tanye? ada aku kisah? eh ske ati aku la.. harhar.. best2.. ari ni satu hari aku sibuk mengemas bilik yang teramat bersepah dari lepas aku exam+keje+jalan2 sehingga ke hari ni baru la aku ada peluang nak touch up bilik aku ni biar clean n clear sebelum umur aku msuk 20 (konon nmpk matang lah).. tu pun pas mak n abah tercinta bising-bising suh kemas.. dan ta ra.. ini lah hasilnya..

Hah iye.. sangat simple, x crowded dan yes.. biru is my favourite colour.. cat sendiri tu (dengan sedikit pertolongan dari abah) hehe^^.. ni je ke yang ade dalam bilik aku?? hurmm ye la.. ni je.. yang lain tu buat semak je.. haha XD.. padahal sebelum kemas.. hmm mak abah je la yang tahu betapa dahsyatnya.. yeay!! papepun tetap happy sebab setiap kali mak dan abah masuk bilik aku yg laut ni asyik dapat pujian yg menyedapkan telinga.. terima kasih ye mak abah.. kembang mengembang satu badan dah ni.. hee~~
Wasalam..

Buddy

Assalam.. erm this week aku de kenal seorang kawan ni kat tagged then ke fb.. kenal pun gitu-gitu je.. tapi best kawan ngan dak ni.. bagi aku dia sporting dan cakap nak bagi aku sentap.. memang pedas la kadang.. tak tahu la die saja nak gurau atau memang betul-betul maksudkan kata-kata dia tu.. so far, best la kawan dengan dia ni.. happy-go-lucky person.. eceh.. identiti terpaksa dirahsiakan.. sebab entry ini dibuat pun tanpa pengetahuan dia.. tapi aku akan share pic dia kat cni.. hah yang ni walaupun at the first aku curi senyap-senyap.. tp at the last aku da minta kebenaran da.. dan dia bagi.. see baik tak??.. eceh..

Aku suka pic dia yang ni sebab aku suka tengok dia wat gaya macam tu..cute..lagi2 bile dia senyum..hakhakXD

Wasalam~

Doaku untuk sekeping hati

"Apa yang kau pinta?" tanya sahabatnya. Jawabnya, "Aku berdoa : Wahai Allah s.w.t jika dia baik bagiku, baik bagi agamaku, mendatangkan keredhaan-Mu dan menambah kecintaanku pada-Mu maka permudahkanlah jalannya. Namun jika dia tidak baik bagiku, tidak baik bagi agamaku, mendatangkan kemurkaan-Mu dan menjauhkanku daripada-Mu, maka hilangkan perasaan ini dari hatiku dan anugerahkanlah kepadaku yang lebih baik lagi dan yang akan menemani hari-hariku di syurgawi"


InsyaAllah..

Lelaki Idaman

Assalam.. erm berkisar kepada entry kali ni.. agak mengarut terlebih gak la.. tapi best gak cerita berkisar laki idaman ni.. aku ingat lagi masa aku darjah 5 waktu tu dah akhir tahun, budak-budak darjah 6 sibuk nak exam.. biasalah budak perempuan, kalau dah ramai-ramai tak sah kalau tak bergeng, nak dijadikan cerita sampai la satu hari tu kitorang asyik borak pasal lelaki idaman je.. kelakar pun ada bila diingat-ingat balik.. dan waktu tu juga lah terbongkar siapa yang member-member aku ni admire.. dah tu kalu lain-lain orangnya tak apa ni sampai 2,3 orang admire orang yang sama.. haha ape2 je la.. biasalah budak tak matang lagi..

Lelaki idaman pada aku..?? biasalah manusia biasa tak lari daripada berkeinginan memilik yang tinggi.. begitu jugak aku.. teringin juga apa lelaki idaman yang hensem, kuat agamanya, kaya, baik hati, bertanggungjawab, penyabar, pendiam, rajin, romantik.. eish macam-macam lagi lah.. semuanya aku nak dan kalau boleh datang dari keturunan macam kerabat diraja ke, datuk ke, tan sri ke kan.. teringin gak.. sape kate tak.. nampak sangat la menipu kalau tak.. lagi-lagi kalau lelaki idaman aku tu muka dia macam aaron aziz.. hmmm.. memang lah.. sayang tak lepas.. kahkah.. pape tah..

Tapi biasalah semua tu angan-angan semata.. sape kate aku tak berangan, aku manusia normal lah semua tu tak lari dari pemikiran dan nafsu kita.. cuma apa yang aku betul-betul impikan untuk seseorang yang bergelar lelaki idaman aku tu jika boleh biarlah..

Seorang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya
Seorang yang boleh memimpin aku dan keluarganya
Seorang yang penuh dengan kasih dan sayang
Seorang yang bertanggungjawab
Seorang yang sanggup menerima kelemahan dan kelebihan aku
Seorang yang hanya memandang dan menyayangi aku sebagai suri dihatinya
Seorang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi
Seorang yang ikhlas memberi senyumannya kepada aku

Hanya itu yang aku pandang pada seseorang yang aku gelar lelaki idaman, kerana dengan hanya ciri-ciri ini telah mampu membuatkan hatiku bahagia dan gembira.. (lelaki yang akan menemani aku hingga ke akhir hayat kelak).. itu sahaja ciri-ciri lelaki idaman yang aku idamkan.. andai jodoh ku nanti tidak mampu memiliki kesemua ciri di atas, cukuplah sekadar memiliki ciri yang pertama..
Wasalam~

Gembira ke?

Assalam.. semalam aku ada buat semakan temuduga "Malaysian Educators Selection Inventory" (MEdSI).. dan alhamdulillah aku di antara yang layak menduduki ujian temuduga tersebut bagi senarai pilihan kedua aku dalam UPU.. dan sekarang aku tak tahu aku patut gembira atau tak dengan keputusan tu.. kenapa? sebab yang pertama aku betul-betul tak minat nak jadi cikgu.. peliklah kau ni alina jadi cikgu tak nak tapi sibuk nak jadi pensyarah bukan sama aje ke? erm entahlah aku sendiri pun tak ada jawapan tu.. dan aku tak tahu kenapa aku tak patut gembira dengan keputusan yang aku perolehi tu sedangkan mak ngan abah happy je aku terpilih untuk temuduga tu.. secara jujurnya aku bukan memilih soal petempatan universiti sebab kalu boleh aku tak nak belajar jauh-jauh lagi dari rumah.. payah lah.. kalau aku berjaya dapat belajar kat UPSI dah terang-terang aku kene duk pi belajar kat tg.Malim.. owh tidak jauh sangat diluar keterbatasan akal fikiran aku.. aku kalau boleh nak belajar dekat-dekat je sebab tu aku pilih UM, UITM, UPM, UKM.. semua yang memudahkan aku untk ulang-alik rumah tanpa perlu menyusahkan mak dan abah aku.. see, aku anak yang baik kan.. haha.. ahh alasann.. hmm.. tapi memang betul pun.. tak nak dah belajar luar dari Selangor dan kawasan yang sewaktu dengannya.. hmm.. sebab tu aku rasa tak happy.. walhal waktu ujian bertulis hari tu pun aku main hentam je.. 15 minit sebelum masanya aku da berhenti, siap terfikir nak tido lagi.. hmm.. wajar ke aku fikir macam tu ye, gembira atau tak dengan apa yang aku dapat ni..?? hmm.. buntuu.. 
Wasalam~

Tonight

Assalam.. kenapalah dengan aku malam ni rasa syahdu betul.. takkan sebab dah banyak sangat baca novel kot.. takkan lah.. tapi serius aku rasa syahdu sangat malam ni.. ibarat semua kenangan lama terjah-menerjah satu-persatu ke dalam ingatan aku.. sedih+gembira+bahagia semua ada bagaikan bersatu.. tetiba teringat semua kenangan masa aku belajar kat melaka dulu.. memang betul-betul meninggalkan banyak sejarah lah sekolah tu bertepatan lah dengan nama Melaka Bandaraya Bersejarah.. huhu^^.. rindu rasanya walaupun banyak perkara pahit dan manis yang pernah berlaku.. dan yang paling aku tak boleh lupakan tapi akan dilupakan ialah DIA.. dia yang pernah singgah dihati aku.. hmm terima kasih untuk segalanya.. kerana jarak yang memisahkan kita, aku harap kau bahagia dengan pilihan kau.. dah lah kata nak lupakan dia tak mahu lah cite pasal dia lagi alina.. tak guna pun alih-alih ko yang kuciwa nati.. huhu^^.. urm ye xye hari ni 19.5.2011 genap umur aku 19 tahun 9 bulan.. lgi 4 bulan je lg aku genap 20 tahun.. tak sangka nak masuk 20-an.. rasa macam tak matang lagi pun ada.. tapi yang pasti aku tak sabar dan sudah bersedia untuk kembali sebagai seorang pelajar.. yup dan aku sangat yakin.. sebab memang itu lah impian aku dari mula aku menjejakkan kaki ke tingkatan 6 lepas aku gagal semasa tingkatan 5 untuk melayakkan diri ke universiti.. full stop.. berbalik kepada perkara atas.. kenapa aku syahdu malam ni.. tonight? mungkin sebab asyik layan novel jiwang je kot pastu tengok lagi drama nora elena yang memang sangat best tu.. memang sah la bertambah syahdu.. alahai.. apa lah aku ni kan.. hakhak.. apalaa.. heii, panjang gak rupanya aku merepek for tonight ni.. kuikuikui.. dah la nak berhenti kat sini intuk entry ni..
Wasalam~

Berubah

Assalam.. hmm, lagu ni cukup mendalam pada aku.. kenapa? sebab aku rasa seolah-olah lirik dalam lagu ni mengena dengan apa yang aku pernah lalui dalam hidup aku tak lama dulu.. kenapa ye susah betul nak lupakan dia.. setiap kali pintu hati aku terbuka untuk orang lain setiap kali tu juga bayang dia selalu hadir dalam pandangan mata aku.. kenapa susah betul nk hilangkan diri dia dari ingatan dan hati aku.. tolonglah dia dah bahagia dengan orang lain.. dah 2 tahun alina.. tolonglah lupakan dia.. dia bukan tercipta untuk kau.. tapi kenapa hati ni selalu berkata rindu terhadap dia.. hmm.. salah aku juga tak menghargainya.. maafkan aku..



Wasalam~

Other Blogger..

To be honest, setiap kali aku buka blog aku ni perkara pertama yang aku akan buat ialah check sama ada kak ieda, kak fawani atau abg muzammil de update entry or tak.. sebab ape? sebab aku betul-betul kagum dengan penulisan dan lifestyle diorang.. mesti korang tertanya siapa.. takpe nanti kalu aku rajin aku letak link diorang kat blog aku.. biar korang pun be inspired by them like me.. penulisan diorang sangat terkesan dihati ini.. sebab ape yang diorang ceritakan tu sometimes makes people feel that way too.. example like me.. aku tak tahu nak explain macam mana.. kalu korang nak tahu korang usha la sendiri blog diorang macam mana.. full with motivated, walaupun ada setengah tu kita rasa macam baca diary diorang tapi memang totally inspired me.. harap diorang akan sentiasa berkongsi dan berkarya.. suka pada mereka..

Sahabat??

Sahabat yang beriman umpama mentari yang menyinar..
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan..
Sahabat sejati menjadi pendorong impian..
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah..


Justeru, nilailah semula erti persahabatan yang dimiliki..
Tanya pada diri dan hati,

"Adakah diri ini sahabat yang sejati?"

Senyumanmu

Jangan melihat pada penampilan,
>>Kerana ia boleh menipumu,

Jangan melihat pada kekayaan,
>>Kerana ia boleh menghancurkan,

Pergilah kepada seseorang yang mampu membuat kamu tersenyum,
>>Kerana dengan senyuman hari yang gelap menjadi terang,

Carilah seseorang yang mampu membuatkan hatimu tersenyum dan bahagia..

My Mom..Happy Mother's Day..

Tiada kata yang mampu menggambarkan setiap titik peluh pengorbanan dan tanggungjawab mu wahai mak ku selama dirimu membesarkan dan mendidik anakmu ini, memberi susu sebagai hidangan sewaktu bayi dan melindungi anakmu ini sehingga mampu berdiri di atas kaki sendiri, mampu membezakan yang baik dan buruk melalui didikanmu yang tidak pernah jemu untuk terus mendidik dan menasihati anakmu ini yang sering kali menduga hatimu dengan pelbagai perkara yang tidak pernah difkirkan oleh dirimu wahai mak ku.. ampunilah segala dosa-dosaku wahai ibuku.. kerana padaku dirimu amat istimewa temoatnya dihatiku.. meskipun hari-hari telah ku anggap sebagai hari ibu.. namun ingin juga ku mengatakan Selamat Hari Ibu mak.. huhu^^.. semoga Allah sentiasa memanjangkan umur dan memurahkan rezeki mak serta memberkati hidup mak sebagai seorang hamba kepada Allah, anak, isteri dan mak kepada kami berempat.. IDA SAYANG MAK SAMPAI BILA-BILA...

Wanita muslimah


"Cantiknya wanita kerana kejernihan wajah..
Manisnya wanita kerana senyumannya yang indah..
Ayunya wanita kerana kesederhanaan lahiriah..
Hebatnya wanita kerana keimanan dan ketaqwaan yang teguh..
Hiasilah peribadimu agar akhlak terpuji..
Nilai diri seorang muslimah.."
InsyaAllah..

Impian jadi nyata

Kenapa? sebab memang ini yang aku impikan.. nak menunujuk le tu.. euuwww !!.. ini bukan menunjuk-nunjuk namanya.. ini lah yang dipanggil sebagai menyahut cabaran kalau nak nama ada kat kain rentang sekolah sebagai pelajar cemerlang akademik.. seriously !! xde kaitan dengan nak berbangga ke apa.. sekadar melihat usaha menjadi nyata... mungkin sekali.. ntah lah.. apapun yang pasti aku rasa puas dan terbalas.. huhu^^.. terima kasih pihak sekolah especially tuan pengetua.. 

Mutiara kata

Ikhlas itu rahsia Allah dan hanya Allah sahaja yang tahu..
Dan Allah hanya memberikannya kepada hambanya yang disayangi..
Jadi kita tiada hak untuk menilai keikhlasan orang lain..

wallahualam.. 

Kamu kamu..

Alamak sape la awek cun ni..macam mane lak boleh ada dalam entry aku kali ni.. owh tidakk.. haha XD.. sengal ke pe aku ni.. die yang letak tanye lg.. sah mereng.. ho ho.. baiklah.. entry kali ni aku buat khas untuk seorang sahabat yang namanya aku rahsiakan.. tak perlu nak bagitahu la kan sebab aku sendiri pun xletak nama aku lam blog tak+bape+nak+lawa ni.. huhu..


Sejujur dan seikhlas hati aku yang tak tahu nak dinilai macam mana ni.. sahabat aku ni sangat special dalam hati aku.. eh eh bukan special yang tu ye.. sepuk enamratussembilanpuluhsembilan kali baru tahu kasi meleng+dan+terteleng-terteleng.. special pada aku ialah dia seorang yang tak tahu nak gambarkan macam mana sebab hati dan firasat aku je yang tahu.. akal fikiran aku yang menyampaikan bahawa sahabat aku ni seorang yang special.. kenapa? la tanye lagi.. dah dia memang special pun orangnya.. mungkin diri aku ni sendiri yang suka kat orang yang sentiasa berterus terang kot.. sebab memang aku dikelilingi oleh orang-orang yang suka berterus-terang especially mak aku.. tak dapat dinafikan la.. orang yang suka berterus-terang bagi aku hati dia bersih (even xsemua) tapi kita tahu yang mana baik dan tidak.. tapi sahabat aku seorang ni memang special kat lam ati aku.. sebabnya kenapa, cuma aku seorang je yang tahu..sayang kau la macek kuh sayang..huhu^^..

Rindu Kamu..

Rindu giler kt diorang2 ni sebenarnya.. ni pun pic terkini kami semua (walaupun tak semua) masa pegi mid bulan lepas.. memang melepas rindu la masing-masing.. masing-masing da lain.. orang kata ape mkin matured.. huhu^^.. suka betul la dapat hang out ngan diorang-diorang ni.. BBF aku ni.. Best Friend Forever..




Walaupun tak semua yang ada kat sini.. tapi yang lain tu tetap ada dalam ingatan ini.. 
(aspuri 1 dorm T1 T2   T3 07/08)
 ina,aneem,robi,wani,ekin,ieka,tira,nisa,nadia,nadua,edzora,afiq,syafiqah,epy,zati,wawa,.......

Hari Citra Gemilang

Hari citra gemilang a.k.a Hari kecemerlangan.. tema hari citra gemilang ni cukuplah gah.. nak tau?? ini dia..

Usah tegap bertimpuh
Biar rebah merempuh


Hebat kan bait-bait tema hari citra gemilang tu.. masih tak faham? tak apa.. amik masa fikir lama-lama ti fahamlah.. dalam maknanya.. bila aku baca tema tu terus aku terfikir cikgu Dr. Ghazali bin Lateh.. entah-entah dia yang cadangkan tema ni.. apa-apa pun memang hari dalam kenangan lah.. sangat-sangat bermakna.. lebih-lebih lagi untuk orang macam aku.. huhu^^..

Pesta Buku..

Berapa banyak entry pasal pesta buku daa.. hihi.. aku bukan apa.. yang ni kira susulan lepas aku pergi Book Fair tu laa.. walaupun aku gi berdua je ngan aku nye sepupu, tapi tetap rasa teruja nak pegi lagi (eceh angan-angan je lebih) tak sanggup la nak pegi lagi.. da macam duk dalam tin sardin tau.. sarat+padat.. hey bila teringat-ingat cukup lah dulu untuk tahun ni.. tahun depan insyaAllah panjang umur+murah rezeki pergi lagi.. ye x?? hehe^^..


Antara satu kerugian aku masa kat book fair tu ialah tak amik gambo langsung macam mana keadaan kat book fair tu disebabkan terlampau teruja+syok sendiri+sesak.. hmm terserlah satu kerugian yang sengaja dilakukan.. jadinya letak je la pic-pic yang diambil di dalam bas, di stesen LRT dan di curi dari FB cikgu aku.. maka terbitlah photo collage yang tak bape nak lawa ni.. hmm papepun layan je laa..