Lelaki Idaman

Assalam.. erm berkisar kepada entry kali ni.. agak mengarut terlebih gak la.. tapi best gak cerita berkisar laki idaman ni.. aku ingat lagi masa aku darjah 5 waktu tu dah akhir tahun, budak-budak darjah 6 sibuk nak exam.. biasalah budak perempuan, kalau dah ramai-ramai tak sah kalau tak bergeng, nak dijadikan cerita sampai la satu hari tu kitorang asyik borak pasal lelaki idaman je.. kelakar pun ada bila diingat-ingat balik.. dan waktu tu juga lah terbongkar siapa yang member-member aku ni admire.. dah tu kalu lain-lain orangnya tak apa ni sampai 2,3 orang admire orang yang sama.. haha ape2 je la.. biasalah budak tak matang lagi..

Lelaki idaman pada aku..?? biasalah manusia biasa tak lari daripada berkeinginan memilik yang tinggi.. begitu jugak aku.. teringin juga apa lelaki idaman yang hensem, kuat agamanya, kaya, baik hati, bertanggungjawab, penyabar, pendiam, rajin, romantik.. eish macam-macam lagi lah.. semuanya aku nak dan kalau boleh datang dari keturunan macam kerabat diraja ke, datuk ke, tan sri ke kan.. teringin gak.. sape kate tak.. nampak sangat la menipu kalau tak.. lagi-lagi kalau lelaki idaman aku tu muka dia macam aaron aziz.. hmmm.. memang lah.. sayang tak lepas.. kahkah.. pape tah..

Tapi biasalah semua tu angan-angan semata.. sape kate aku tak berangan, aku manusia normal lah semua tu tak lari dari pemikiran dan nafsu kita.. cuma apa yang aku betul-betul impikan untuk seseorang yang bergelar lelaki idaman aku tu jika boleh biarlah..

Seorang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya
Seorang yang boleh memimpin aku dan keluarganya
Seorang yang penuh dengan kasih dan sayang
Seorang yang bertanggungjawab
Seorang yang sanggup menerima kelemahan dan kelebihan aku
Seorang yang hanya memandang dan menyayangi aku sebagai suri dihatinya
Seorang yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi
Seorang yang ikhlas memberi senyumannya kepada aku

Hanya itu yang aku pandang pada seseorang yang aku gelar lelaki idaman, kerana dengan hanya ciri-ciri ini telah mampu membuatkan hatiku bahagia dan gembira.. (lelaki yang akan menemani aku hingga ke akhir hayat kelak).. itu sahaja ciri-ciri lelaki idaman yang aku idamkan.. andai jodoh ku nanti tidak mampu memiliki kesemua ciri di atas, cukuplah sekadar memiliki ciri yang pertama..
Wasalam~

No comments:

Post a Comment

your view..