Tiada kata yang mampu menggambarkan setiap titik peluh pengorbanan dan tanggungjawab mu wahai mak ku selama dirimu membesarkan dan mendidik anakmu ini, memberi susu sebagai hidangan sewaktu bayi dan melindungi anakmu ini sehingga mampu berdiri di atas kaki sendiri, mampu membezakan yang baik dan buruk melalui didikanmu yang tidak pernah jemu untuk terus mendidik dan menasihati anakmu ini yang sering kali menduga hatimu dengan pelbagai perkara yang tidak pernah difkirkan oleh dirimu wahai mak ku.. ampunilah segala dosa-dosaku wahai ibuku.. kerana padaku dirimu amat istimewa temoatnya dihatiku.. meskipun hari-hari telah ku anggap sebagai hari ibu.. namun ingin juga ku mengatakan Selamat Hari Ibu mak.. huhu^^.. semoga Allah sentiasa memanjangkan umur dan memurahkan rezeki mak serta memberkati hidup mak sebagai seorang hamba kepada Allah, anak, isteri dan mak kepada kami berempat.. IDA SAYANG MAK SAMPAI BILA-BILA...
No comments:
Post a Comment
your view..