Assalam..
Hari ni tetiba nak kongsi kat para pembaca mengenai sepanjang aku bergelar UPSIrian.. actually mgkin dalam kalangan sahabat yang rapat dengan aku da tahu yg aku bukan la seorang yang meletakkan harapan dan keinginan yang tinggi untuk belajar di UPSI.. Alhamdulillah, walaupun aku agak apa orang kata sedikit kurang bersyukur tapi aku yakin segala yang berlaku pada aku pada waktu itu pasti sudah tertulis dan Allah telah menentukannya jadi sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.. antara kita sedar ataupun tidak.. terima kasih ya Allah S.W.T..
Sepanjang aku di UPSI ni, aku dapat rasa yang aku menjadi semakin matang.. ye la berada di tempat yang baru suasana yang baru, rakan-rakan yang baru, segala-galanya baru cuma aku yang lama ni perlu lakukan sesuatu yang baru ataupun tidak untuk turut sama menjadi baru.. aku admit yang setiap perjalanan yang kita lalui itu pasti akan ada halangan dan cabaran yang perlu ditempuh.. dan ya.. aku admit segalanya aku da lalui.. antara kita sanggup, berani dan yakin untuk harungi ataupun tidak je yang membezakan kita dengan orang lain.. dan mungkin dari situ juga lah aku rasa yang diri aku ni makin hari makin matang.. aku semakin berani untuk jadi independent.. tak kisah apa orang nak kata.. aku nk jadi diri sendiri.. harap aku punya prinsip ini berterusan..
Orang kata kalau nak kenal kawan kita yang sebenar masa kat U ni, kita tengok waktu nak siapkan tugasan yang pensyarah berikan.. dan aku berani kata ya, aku setuju dengan kata-kata itu, sebabnya..? biarlah aku sendiri yang tahu.. memang bukan mudah menjadi pelajar U, dan lagi aku berada dalam bidang sejarah yang memerlukan banyak kajian, pembacaan dan apatah lagi hafalan yang sememangnya memerlukan aku untuk menjadi rajin, rajin dan lebih rajin.. ya aku admit yang tahap kerajinan aku ni jika diberi skala per 10 aku berada di tahap 3/4 sahaja.. maknanya, ya dan ya.. tersangatlah lemah.. mungkin sebab itu juga lah.. aku tak berminat dengan subjek-subjek yang ada final exam yang memerlukan kita untuk menghafal.. dan disebabkan itu juga lah aku lebih fokus pada hasil kerja pembentangan, tugasan individu dan berkumpulan..
Kadang-kadang orang lain tak boleh nak faham kelemahan kita dan kita tak boleh nak expect yang orang lain akan faham kita.. tu sebab aku ni kadang, bukan kadang la selalunya la nak orang lain expect tahu perkara tu.. bukan perlu dicakap selalu.. mungkin perkara macam ni berlaku kat aku sebab aku memang dah dibesarkan dengan cara yang macam tu.. tu yang aku da terbiasa dengan cara yang macam tu.. tu sebab aku lebih suka menjadi independent.. tapi kadang orang salah faham dengan kita.. iya lah, lain orang lain perangai, sifat, cara dan macam-macam lagi lah.. tak apalah asalkan diri sendiri sedar mengenai diri sendiri, itu seudah memadai..
Mungkin entry kali ni macam tak berapa nak smpai, sebab aku lebih berkongsi mengenai perangai ataupun lebih tepat mengenai sikap seseorang.. mungkin itu jugalah tekanan yang sedang aku lalui sekarang ni.. satu je aku nak kongsi dalam entry kali ni, kalau kita tak cuba nak ubah sikap kita ke arah yang lebih baik, tak nak cuba berfikiran lebih terbuka, tak nak cuba sesuatu yang baru yang di luar kotak fikiran kita, tak nak cuba mematangkan diri kita.. sampai bila-bila pun la.. kita takkan pernah dewasa.. percayalah.. jangan kecilkan skop pemikiran.. cuba luaskan lagi luaskan lagi.. dalam hidup ni, ada macam-macam perkara yang kita boleh teroka.. ada macam-macam perkara yang boleh kita buat dan ada macam-macam perkara lagi yang kita boleh tahu kalau kita ada azam yang tinggi untuk mencari, mempelajari, mendalami dan memanfaatkan semua tu.. hidup ni cuma ada sekali je.. sampai bila kita nak jadi orang sama... berubahlah.. lakukan anjakan paradigma.. kita pasti boleh..
terima kasih kerana sudi untuk terus membaca entry yang sangat panjang ini.. sekadar memberi dan mengingatkan kepada diri sendiri.. Life without colours is nothing.. betulkan aku jika aku salah.. terima kasih.. dan teruskan berkongsi..
Wasalam..
No comments:
Post a Comment
your view..