AsSalam..
Alhamdulillah..one word "syukur.." terima kasih ya Allah S.W.T.. aku gembira dengan result aku bukan sebab result tapi aku gembira sebab mak dan abah gembira dan secara tidak langsung tahap kerisauan mereka pada aku berkurangan.. Alhamdulillah.. syukur.. sem 1 ni aku dapat 3.80 dan kata member-member dapat 1st class dekan.. Alhamdulillah..tak sangka rasa.. Amin.. aku sendiri pun tak sangka dapat setinggi ni.. sebab aku expect dapat dalam 3.0 ke 3.2 ke.. tak terfikir setinggi itu.. ye la setiap orang tahu kemampuan diri sendiri.. terima kasih Ya Allah S.W.T yang tak terhingga.. kerana memberi hambamu ini peluang untuk senyum dan menjadi lebih yakin untuk terus melangkah meneruskan perjuangan menuntut ilmu.. ilmu Allah.. aku harap di sem2 seterusnya nanti aku dapat kekalkan keputusan aku ni.. paling tidak pun maintain dalam 3.0 dan keatas.. kita boleh letak target.. tapi kita tak boleh letak harapan yang tinggi jika tanpa usaha.. insyaAllah aku akan cuba untuk lebih rajin dan terus berusaha..
Aku tak kejar pointer.. ya, aku xkejar pointer tapi dalam masa yang sama aku juga harapkan aku dapat pointer yang baik.. aku juga manusia.. itu normal.. tak percaya? tak apa.. aku tahu diri aku.. dan aku tahu aku tak hipokrit sekarang ni.. terima kasih kepada rakan-rakan kuliah yang sama-sama terlibat dalam kerja grouping.. tanpa korang tak mungkin aku dapat carry mark yang baik.. terima kasih kerana beri aku peluang untuk sama-sama bekerjasama memberikan pendapat dan idea.. sebab tujuan utama aku sekarang ni berada di universiti ingin menuntut ilmu Allah selain terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.. itu sahaja.. (selagi mampu menggembirakan mak dan abah..cukuplah sekali) terima kasih mak abah...
Wassalam..
No comments:
Post a Comment
your view..