Kehidupanku kini..



Assalam..Alhamdulillah lama juga rupanya aku tak update laman blog ni..hmm ni bukan takat dah bersawang dah beranak-pinak anak kucing kalau aku bela lam blog aku nih..hmm xsangka hidup ni memang banyak dugaan dan cabaran antara kita kuat dan sabar serta tabah menghadapinya sahaja atau tidak..aku sangat-sangat bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan kepada aku hingga tidak putus-putus rasanya nikmat yang aku terima itu..terima kasih ya Allah...kalau nak dijadikan cerita ada sahaja ceritanya..bila ditanya gembira atau tidak, sudah pasti aku tersangat gembira..sejak dari last aku update blog yang lepas macam-macam perkara yang aku tempuh..suka duka semuanya ada..termasuk mengenai biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan apa yang paling menggembirakan, aku berjaya memperoleh biasiswa itu..Ya Allah betapa gembiranya aku pada waktu itu, sujud syukur aku kerana terlalu gembira..ye lah mana tidaknya ia bukan setakat kegembiraan aku malah dikongsi seisi keluargaku terutama abah, yang kerapkali menyoal ku perihal perkara ini..Ya Allah betapa bersyukur nya aku ke hadrat Mu..terima kasih ya Allah..

Jika ditanya perihal keputusan aku di semester 2 pula..aku hanya mampu berkata Alhamdulillah kerana Allah masih memberi aku peluang untuk kekal berada dalam senarai dekan..berbanding semester 1, semester 2 aku hanya mendapat PNGK 3.67 yang mana PNGS aku hanya 3.55 untuk semester 2 ini..aku sedikit terkilan pada awalnya, terkilan kerana usaha ku tampak sedikit untuk berusaha memajukan diri dan mendapat keputusan yang baik..namun aku tetap bersyukur kerana abah tidak marah dan masih memberikan aku semangat agar aku mampu melakukan yang lebih baik lagi pada semester-semester yang mendatang..aku tetap gembira..kerana aku mampu menggembirakan mak dan abah..terlalu banyak pengorbanan mak dan abah kepada ku sehingga tidak terbalas rasanya segala-galanya yang mereka curahkan..Masya-Allah, SubhanAllah…

Sepanjang cuti semester 2 ni macam-macam perkara aku lakukan..aku bekerja, bercuti bersama keluarga, berpuasa bersama keluarga, buat persiapan raya walaupun terpaksa bekerja..setiap saat aku lalui dengan penuh kegembiraan..ya! aku gembira dengan apa yang aku ada..aku bersyukur ke hadrat-Mu ya Allah s.w.t…Maka jika inilah ketentuan yang harus aku lalui aku redha..aku telah banyak menerima segala nikmat-Mu tetapi adakah aku benar-benar bersyukur dengan segala nikmat-Mu..aku terus diuji..sehari sebelum tibanya hari raya aku ditimpa kecelakaan semasa aku membantu mak mengemas rumah..ada kaca pecah jatuh dari kepala dan serpihannya tertusuk ke tangan..walaupun rasa sakit tapi aku tetap bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang sangat prihatin dengan-ku lantas ku dibawa ke klinik, aku tak nak dijahit maka lukaku hanya dibalut..aku tetap ke kerja pada sebelah petangnya walaupun dalam keadaan kurang sihat. Ini cabaran buatku..

Namun siapa sangka..setelah Allah memberi aku kegembiraan dengan seminggu berhari raya..aku diuji lagi dengan ujian yang pada awalnya aku rasa tak terdaya..namun aku pantas disedarkan dengan sepotong ayat al-quran ini " ALLAH TIDAK AKAN MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN SESUAI DENGAN KESANGGUPANNYA" : SURAH AL- BAQARAH : AYAT 286. Allah nak uji aku sejauh mana aku mampu sabar dengan ujiannya..ya aku tetap bersabar walau kadangkala aku tewas..Ampunkan dosa hambamu ni ya Allah..terima kasih ya Allah..kau menjadikan aku manusia yang lebih mensyukuri segala nikmat..tidak akan aku persia-siakan apa yang telah engkau berikan kepadaku..Aminnn…

" DAN JANGANLAH KAMU MERASA LEMAH DAN JANGAN PULA BERSEDIH HATI, KERANA KAMU PALING TINGGI DARJATNYA JIKA KAMU ORANG YANG BERIMAN" - AL-IMRAN : 139….terima kasih ya Allah..sesungguhnya engkau maha mengerti akan segala sesuatu..dan aku tetap terus gembira..terima kasih ya Allah..besar hikmah yang kau berikan kepada diriku tatkala diriku lemah tidak berdaya..

Bismillahhirrahmannirrahim..jika ditanya sama ada aku sudah memaafkan orang yang sepatutnya..aku menjawab, ya! aku mengakui dari masa malam kejadian itu lagi aku sudah memaafkannya..kerana segala yang berlaku sudah ketentuannya..jika ditanya lagi sama ada aku menyimpan apa-apa dendam terhadapnya..aku mampu berkata biar Allah sahaja yang mengetahuinya..kerana aku manusia biasa..hatiku lemah tidak terdaya..kerana syaitan sentiasa ada memesongkan segala..aku bermohon pada-Mu ya Allah..jika salah itu jatuh pada aku..aku mohon ampunkan segala dosa-dosaku.. kerana rasa syukur yang tidak pernah putus kepada-Mu kerana masih memberikan aku peluang untuk bernafas di atas muka bumi-Mu ini..dan aku bersyukur kerana adikku selamat dalam kemalangan tersebut..alhamdulillah..Ya Allah, segala yang baik itu datangnya dari-Mu dan segala yang buruk itu datangnya dari kelemahan dan kekurangan hambamu ini..terima kasih ya Allah..

 Moga menjadi iktibar buat rakan-rakan yang lain..nukilan yang ditaip kemas ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, ini sekadar perkongsian pengalaman hidupku kini..aku kini berada dalam pengajian semester 3 di UPSI..mohon rakan mendoakan supaya aku cepat sembuh dan sentiasa kuat..Wassalam..

3 comments:

amiraayman said...

assalamualaikum...smoga Allah prmudahkan segalanya ye alina!insyaAllah,ksabaran itu akan trbalas dgn nikmat Allah yg paling indah^^

Aku Syah said...

Waalaikumussalam mira..terima kasih mira..insyaAllah..harap jua begitu..semoga diri ini tabah melaluinya..

amiraayman said...

insyaAllah..mudah-mudahan alina terus tabah ye yunk!

Post a Comment

your view..