Assalam..Alhamdulillah
lama juga rupanya aku tak update laman blog ni..hmm ni bukan takat dah
bersawang dah beranak-pinak anak kucing kalau aku bela lam blog aku nih..hmm
xsangka hidup ni memang banyak dugaan dan cabaran antara kita kuat dan sabar
serta tabah menghadapinya sahaja atau tidak..aku sangat-sangat bersyukur dengan
segala nikmat yang Allah berikan kepada aku hingga tidak putus-putus rasanya
nikmat yang aku terima itu..terima kasih ya Allah...kalau nak dijadikan cerita
ada sahaja ceritanya..bila ditanya gembira atau tidak, sudah pasti aku
tersangat gembira..sejak dari last aku update blog yang lepas macam-macam
perkara yang aku tempuh..suka duka semuanya ada..termasuk mengenai biasiswa
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan apa yang paling menggembirakan, aku
berjaya memperoleh biasiswa itu..Ya Allah betapa gembiranya aku pada waktu itu,
sujud syukur aku kerana terlalu gembira..ye lah mana tidaknya ia bukan setakat kegembiraan
aku malah dikongsi seisi keluargaku terutama abah, yang kerapkali menyoal ku
perihal perkara ini..Ya Allah betapa bersyukur nya aku ke hadrat Mu..terima
kasih ya Allah..
Jika
ditanya perihal keputusan aku di semester 2 pula..aku hanya mampu berkata
Alhamdulillah kerana Allah masih memberi aku peluang untuk kekal berada dalam
senarai dekan..berbanding semester 1, semester 2 aku hanya mendapat PNGK 3.67
yang mana PNGS aku hanya 3.55 untuk semester 2 ini..aku sedikit terkilan pada
awalnya, terkilan kerana usaha ku tampak sedikit untuk berusaha memajukan diri
dan mendapat keputusan yang baik..namun aku tetap bersyukur kerana abah tidak
marah dan masih memberikan aku semangat agar aku mampu melakukan yang lebih
baik lagi pada semester-semester yang mendatang..aku tetap gembira..kerana aku
mampu menggembirakan mak dan abah..terlalu banyak pengorbanan mak dan abah
kepada ku sehingga tidak terbalas rasanya segala-galanya yang mereka
curahkan..Masya-Allah, SubhanAllah…
Sepanjang
cuti semester 2 ni macam-macam perkara aku lakukan..aku bekerja, bercuti bersama
keluarga, berpuasa bersama keluarga, buat persiapan raya walaupun terpaksa
bekerja..setiap saat aku lalui dengan penuh kegembiraan..ya! aku gembira dengan
apa yang aku ada..aku bersyukur ke hadrat-Mu ya Allah s.w.t…Maka jika inilah
ketentuan yang harus aku lalui aku redha..aku telah banyak menerima segala
nikmat-Mu tetapi adakah aku benar-benar bersyukur dengan segala nikmat-Mu..aku
terus diuji..sehari sebelum tibanya hari raya aku ditimpa kecelakaan semasa aku
membantu mak mengemas rumah..ada kaca pecah jatuh dari kepala dan serpihannya
tertusuk ke tangan..walaupun rasa sakit tapi aku tetap bersyukur kerana
mempunyai seorang ibu yang sangat prihatin dengan-ku lantas ku dibawa ke
klinik, aku tak nak dijahit maka lukaku hanya dibalut..aku tetap ke kerja pada
sebelah petangnya walaupun dalam keadaan kurang sihat. Ini cabaran buatku..
Namun
siapa sangka..setelah Allah memberi aku kegembiraan dengan seminggu berhari
raya..aku diuji lagi dengan ujian yang pada awalnya aku rasa tak terdaya..namun
aku pantas disedarkan dengan sepotong ayat al-quran ini " ALLAH TIDAK AKAN MEMBEBANI SESEORANG MELAINKAN SESUAI DENGAN
KESANGGUPANNYA" : SURAH AL- BAQARAH : AYAT 286. Allah nak uji aku sejauh mana
aku mampu sabar dengan ujiannya..ya aku tetap bersabar walau kadangkala aku
tewas..Ampunkan dosa hambamu ni ya Allah..terima kasih ya Allah..kau menjadikan
aku manusia yang lebih mensyukuri segala nikmat..tidak akan aku persia-siakan
apa yang telah engkau berikan kepadaku..Aminnn…
"
DAN JANGANLAH KAMU MERASA LEMAH DAN JANGAN PULA BERSEDIH HATI, KERANA KAMU
PALING TINGGI DARJATNYA JIKA KAMU ORANG YANG BERIMAN" - AL-IMRAN : 139….terima kasih ya
Allah..sesungguhnya engkau maha mengerti akan segala sesuatu..dan aku tetap
terus gembira..terima kasih ya Allah..besar hikmah yang kau berikan kepada
diriku tatkala diriku lemah tidak berdaya..
Bismillahhirrahmannirrahim..jika ditanya sama ada aku
sudah memaafkan orang yang sepatutnya..aku menjawab, ya! aku mengakui dari masa
malam kejadian itu lagi aku sudah memaafkannya..kerana segala yang berlaku
sudah ketentuannya..jika ditanya lagi sama ada aku menyimpan apa-apa dendam
terhadapnya..aku mampu berkata biar Allah sahaja yang mengetahuinya..kerana aku
manusia biasa..hatiku lemah tidak terdaya..kerana syaitan sentiasa ada
memesongkan segala..aku bermohon pada-Mu ya Allah..jika salah itu jatuh pada
aku..aku mohon ampunkan segala dosa-dosaku.. kerana rasa syukur yang tidak
pernah putus kepada-Mu kerana masih memberikan aku peluang untuk bernafas di
atas muka bumi-Mu ini..dan aku bersyukur kerana adikku selamat dalam kemalangan
tersebut..alhamdulillah..Ya Allah, segala yang baik itu datangnya dari-Mu dan
segala yang buruk itu datangnya dari kelemahan dan kekurangan hambamu
ini..terima kasih ya Allah..
Moga menjadi iktibar buat rakan-rakan yang
lain..nukilan yang ditaip kemas ini bukan untuk mengaibkan sesiapa, ini sekadar
perkongsian pengalaman hidupku kini..aku kini berada dalam pengajian semester 3
di UPSI..mohon rakan mendoakan supaya aku cepat sembuh dan sentiasa
kuat..Wassalam..
3 comments:
assalamualaikum...smoga Allah prmudahkan segalanya ye alina!insyaAllah,ksabaran itu akan trbalas dgn nikmat Allah yg paling indah^^
Waalaikumussalam mira..terima kasih mira..insyaAllah..harap jua begitu..semoga diri ini tabah melaluinya..
insyaAllah..mudah-mudahan alina terus tabah ye yunk!
Post a Comment
your view..