Assalam..
Dah terbiasa sangat pula rasa kalau tak kongsi keputusan peperiksaan disini.. da macam satu habit pula.. tapi perlu aku ingatkan tujuan aku meletakkan result2 aku disini bukan untuk ditunjuk-tunjuk atau dibangga2kan tapi ingatlah bahawa ini lah kegembiraan yang aku ada untuk dikongsi bersama.. marilah positif bersama saya..
![]() |
Result Sem 4 (2012/2013) |
Ya, ini lah result semester 4 aku.. dan seperti biasa ABAH adalah orang pertama sekali yang tahu keputusan peperiksaan aku.. bagi aku tiada rahsia antara aku dengan abah.. aku tak suka menyimpan keputusan daripada ABAH.. sebab aku tak suka ABAH yang dahulu tanya.. sebab ABAH yang tanggung pengajian aku walaupun aku pemegang biasiswa.. jasa ABAH tak ternilai begitu juga dengan MAK.. dua orang manusia yang aku tak mampu kehilangan, wallahi dunia dan akhirat..
Seperti kebiasaannya.. ABAH tak lekang dengan kata-kata nasihat.. itu yang menjadi faktor utama kenapa aku suka kongsi dengan ABAH.. ABAH kata aku tak boleh terlalu gembira, ini adalah permulaan bagi aku sebagai batu loncatan untuk mendapat yang lebih baik sehingga semester 8 kelak.. aku tahu bukan ini yang ABAH risaukan.. memandangkan aku ada berbaki 4 semester lagi jadi ABAH tak nak aku terlalu leka dengan apa yang aku ada sekarang ini.. aku tak boleh terlalu berbangga.. aku cuma perlu usaha tawakal dan bersyukur dengan apa yang aku ada.. terima kasih ABAH..
Jadi sebagai permulaannya aku akan buktikan pada ABAH.. no more tears macam yang aku pernah rasa suatu ketika dulu.. IN-SHA-ALLAH.. Aminn..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment
your view..