Showing posts with label result. Show all posts
Showing posts with label result. Show all posts

Result Semester 6 dan 7

Assalam w.b.t

Rindunya sama ini blog.. last bila lah aku sduk update kan.. sebab selalu tak lupa nak kongsi keputusan exam hari ini baru terfikir nak update.. biasa macam itu lah, tengah serabut dengan assignment, fyp, time tu juga lah mood nk berblogging datang.. geramnya dengan diri sendiri.. sebelum update ini di muatnaik ke dalam blog aku iaitu alinsyah.blogspot.com ni.. dah bermacam peristiwa aku lalui sebenarnya.. semuanya berkisar dengan perkataan pertama kali.. yup semuanya.. eip2 hampir kesemuanya la.. hee =D.. suka lah sangat kan.. tapi sebelum yang lain-lain mula diceritakan kita cerita pasal result exam dulu ya.. disebabkan semester 6 punya result aku lupa nak update awal-awal, jadinya aku update sekali dengan result semester 7.. sila kan mata untuk melihat..

Result Semester 6.. menurun sangat kan.. sebab waktu ni ambil smpai 21 jam kredit.. p/s: itu semua alasan shj yang sebenarnya penyakit 'M' yang berleluasa..

Result Semester 7.. 1 subjek je? yup.. sebab time ni latihan mengajar.. down sikit sbb dpt A-.. sobss~


Kesimpulannya, masa semester 6 tu sebenarnya aku memang agak penat, bukan agak kot, memang penat sebab 21 jam kredit, kedua sebab banyak [erkara nak handle plus assignment yang banyak lagi, nak fikir proposal untuk fyp.. memang banyak dugaannya.. tapi tak apalah setakat itu rezeki yang Allah S.A.W bagi.. aku tetap bersyukur.. Yang result semester 7 tu pula, memang waktu tu aku tengah praktikal, atau kata nama lain latihan mengajar.. masa first time tengok result aku macam down juga.. nasib baik abah kata tak apalah itu pun bagus juga.. aku down bukan sebab apa, mungkin harapan aku untuk semester 7 ni tinggi.. aku target dapat 4 flat iaitu A bulat macam kawan2 yang lain.. tapi bukan rezeki aku.. lama-lama aku cuba gak redhakan hati ini.. mungkin ada hikmah yang Allah telah rencanakan untuk aku.. In syaa Allah.. 




Result Sem 5

Assalam..

Nak kongsi result sem 5 pula. macam biasa dan da terbiasa.. kali ni subhanallah.. tak tergambar kuasa Allah S.W.T.. nak tahu apa resepi kejayaan kali ini..?? bukan takat kali ni je dah memang dari sem 1 lagi.. senjata orang mukmin --> DOA.. iaitu DOA dari MAK ABAH.. bukan setakat DOA.. yang itu biarlah Allah sahaja yang tahu pengorbanan mak dan abahku.. itu usaha mereka.. aku tak perlu menjadi manusia yang meriak-riakkan usaha mereka.. tapi kalu nak tahu resepi kejayaan aku itu lah dia mak abah aku yang tak putus-putus doakan anaknya yang no komen ni.. hehe.. patutlah aku berasa tenang je ketika jawab exam rupanya pada waktu itulah mak abah aku doakan aku.. terima kasih mak abah.. abis aku ni tak berusaha ke macam mana.. hoho itu sudah pastilah aku berusaha.. tapi sebanyak dan sejauhmana usaha itu biar Allah S.W.T sahajalah yang tahu akan segalanya..

(Sila click untuk tumbesaran ^_^)

Alhamdulillah.. macam biasa abah should be the first but this time my little sis yang jadi the first people.. but its okay I hope it can inspired her InsyaAllah.. dan abah jadi orang kedua yang tahu result aku then my mom my aunt and my other siblings.. macam tak percaya.. aku tunjuk result aku ni kat abah waktu beliau balik kerja dan kebetulan mak baru balik dari surau sebab malam jumaat waktu tu.. dan apa yang kelakarnya.. dari semangat abah nak masuk rumah terus tak jadi, ikut join conversation kitorang kat rumah wak aku plak.. huhu.. dan the best word yang aku dapat daripada abah.. 1st Alhamdulillah dan 2nd tapi abah doakan ko dapat 4flat.. haha.. tapi abah kata tak apalah ini pun bagus.. tapi abah doakan 4 flat.. kelakar pula dengar bila abah ulang-ulang ayat tu.. huhu.. malam tu aku gembira sebab mak dan abah pun gembira.. Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah S.W.T.. sujud syukur.. Aminn..

Wassalam..

Result Sem 4..


Assalam..

Dah terbiasa sangat pula rasa kalau tak kongsi keputusan peperiksaan disini.. da macam satu habit pula.. tapi perlu aku ingatkan tujuan aku meletakkan result2 aku disini bukan untuk ditunjuk-tunjuk atau dibangga2kan tapi ingatlah bahawa ini lah kegembiraan yang aku ada untuk dikongsi bersama.. marilah positif bersama saya.. 

Result Sem 4 (2012/2013)

Ya, ini lah result semester 4 aku.. dan seperti biasa ABAH adalah orang pertama sekali yang tahu keputusan peperiksaan aku.. bagi aku tiada rahsia antara aku dengan abah.. aku tak suka menyimpan keputusan daripada ABAH.. sebab aku tak suka ABAH yang dahulu tanya.. sebab ABAH yang tanggung pengajian aku walaupun aku pemegang biasiswa.. jasa ABAH tak ternilai begitu juga dengan MAK.. dua orang manusia yang aku tak mampu kehilangan, wallahi dunia dan akhirat..

Seperti kebiasaannya.. ABAH tak lekang dengan kata-kata nasihat.. itu yang menjadi faktor utama kenapa aku suka kongsi dengan ABAH.. ABAH kata aku tak boleh terlalu gembira, ini adalah permulaan bagi aku sebagai batu loncatan untuk mendapat yang lebih baik sehingga semester 8 kelak.. aku tahu bukan ini yang ABAH risaukan.. memandangkan aku ada berbaki 4 semester lagi jadi ABAH tak nak aku terlalu leka dengan apa yang aku ada sekarang ini.. aku tak boleh terlalu berbangga.. aku cuma perlu usaha tawakal dan bersyukur dengan apa yang aku ada.. terima kasih ABAH..

Jadi sebagai permulaannya aku akan buktikan pada ABAH.. no more tears macam yang aku pernah rasa suatu ketika dulu.. IN-SHA-ALLAH.. Aminn..

Wassalam..