
Snow Queen..

Stairway to Heaven..
Hmm..sejak exam da habis ni..aku rasa bosan sangat.. rasa tak tahu nak buat apa.. tapi sampai minggu ini je lah kot.. minggu depan aku ingat nak pergi cari kerja.. dalam bosan-bosan ni nak cerita juga yang aku ada tengok satu drama korea.. walaupun da lama tapi drama tu betul-betul buat aku jatuh cinta pada keseluruhan jalan ceritanya.. memang puas hati sangat-sangat.. aku guarantee kalau dak2 perempuan yang baca mesti akan puas hati.. even abang aku sendiri pun layan cerita macam ni.. best sangat-sangat.. sedih, sedih betul.. gembira, gembira betul, sakit hati, sakit hati betul-betul.. tapi bagi aku drama ni memang betul-betul meruntun jiwa dan perasaan aku.. buat aku nak menangis je.. huhu^^.. terasa macam dah lama pula tak menangis teruk macam tu.. ishk aku ni dari tadi cakap drama-drama, tajuk tak tak bagitahu.. drama yang aku maksudkan ni ialah drama "Stairway to Heaven" tapi ingat, versi Korea punya tau.. lain versi memang langsung tak ada feel.. tah apa-apa rasanya.. haha XD.. cerita ni release masa akhir tahun 2003 dan awal tahun 2004.. kira dah 6 tahun juga la cerita ni..memang cerita terbaik lah.. Antara quote yang aku sangat suka dalam drama ni..
§ Song-joo: People who love each other end up reuniting. No matter how far apart they are, they will reunite in the end. Love is something that returns!
§ Song-joo: Perhaps he may have loved her more than I did. However, this does not mean that I loved her any less.
§ Song-joo: Jung suh I loved you to death, I still love you to death and I'll continue loving you to death, until we meet again.
§ Song-joo: And Jung Suh, that's how you smile.
§ Song-joo: Love is something that returns.
Apa Itu Cinta?
Apa Itu Cinta?
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.
Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.
Sifat Cinta
Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu, gembira,sedih, tenang,tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Kata-kata Hikmah
Jika kamu mengatakan tentang sesuatu perkara tanpa ilmu tentangnya maka kamu telah melakukan dusta dan fitnah. Kerana itu binasalah dirimu atas apa yg telah kamu lakukan..-peringatan dari seorang sahabat..
It's a lonely world.: 24 Beautiful Muslim Quotes
1) Give Allah what’s right, not what’s left.
2) Man’s way leads to a hopeless end Allah’s way leads to an endless hope.
3) A lot of kneeling will keep you in good standing.
4) He who kneels before Allah can stand before anyone.
5) In the sentence of life, the devil may be a comma, but never let him be the full stop.
6) Don’t put a question mark where Allah puts a full stop.
7) Are you wrinkled with burden? Come to the mosque for a face lift.
8) When praying, don’t give Allah instructions, just report for duty.
9) Don’t wait for six strong men to take you to the mosque.(FOR YOUR JANAZAAH)
10) We don’t change Allah’s message His message changes us.
11) The mosque is prayer-conditioned.
12) When Allah ordains, He sustains.
13) Plan ahead It wasn’t raining when Noah built the ark.
14) Most people want to serve Allah, but only in an advisory position.
15) Suffering from truth decay? Brush up on your Qur’an.
16) Exercise daily Walk with Allah.
17) Never give the devil a ride He will always want to drive.
18) Nothing else ruins the truth like stretching it.
19) Compassion is difficult to give away because it keeps coming back.
20) He, who angers you, controls you.
21) Worry is the darkroom in which negatives are developed.
22) Give Shaytaan an inch and he will be a ruler.
23) Allah doesn’t call the qualified He qualifies the called.
24) Read the Qur’an It will show u how simple life can be.
Lirik Lagu Baru
Tomok - Bagaikan Bidadari
*
Bagai sebuah cerita aku dan diaBermula hanya matanya yang mempersona
Dia membuatkan hari-hariku
Bagai sempurna tiada celanya
Malam ku gelisah siang ku bertanya
Jika kau tak bersama
**
Hadirmu bagaikan bidadari
Melengkapkan langkahku yang terhenti
Kaulah permaisuri gelap dunia tanpamu
Umpama nafasku kan berhenti
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih cintaku padamu
Tak pernah hilang
Tak akan pergi
Ulang * & **
Kita kan terus bersama
Bukan untuk seketika
Kita kan terus bersama
Bukan untuk seketika tapi untuk selama-lama
Jangkauan kasih kita hingga ke akhirnya
Hidup kita bagai di syurga
Bukan untuk seketika tapi untuk selama-lama
Jangkauan kasih kita hingga ke akhirnya
Hidup kita bagai di syurga
Ulang **
Tak pernah hilang
Tak akan pergi
Tetap di hatiku
Kekal di hatiku
Hanya kamu
Tetap di hatiku
Tetap di hatiku
Tak akan pergi
Tetap di hatiku
Kekal di hatiku
Hanya kamu
Tetap di hatiku
Tetap di hatiku
Hari ini..?
Sedih sangat weyh.. mane taknya hari ini ada sesi bermaaf-maafan.. keluar semua airmata aku.. keinsafan sangatlah hari ini.. rasa tenang sangat.. hari jumaat yang sangat indah dan diberkati bermaaf-maafan sesama kita.. alangkah indahnya..kalaulah hari-hari begini.. takkan ada permusuhan sesama mukmin.. bahkan sejahtera sentiasa kepada mukminin dan mukminat sekalian.. Alhamdulillah..aku rasa tenang sangat hari ini.. rasa apa yang tersirat dan tersurat dalam hati ini telah pun dapat diluahkan.. semoga aku jadi lebih ikhlas dan tawaddhuk dalam setiap perkara yang aku lakukan.. dan apa yang paling penting aku nak tekankan kat sini aku sayang sangat-sangat kat sahabat-sahabat aku dan semua yang mengenali aku.. walaupun aku pandai berhujah, pandai bermadah, pandai berkata-kata, pandai menyimpul ayat tapi tanpa pendengar dan pengkritik yang setia tak mungkin aku akan jadi seperti apa yang aku katakan tadi.. aku sayang mereka sebagaimana aku sayang pada diri aku sendiri.. terima kasih Ya Allah kerana engkau telah mengurniakan aku sahabat-sahabat yang hatinya sangat lembut, suci dan murni.. semoga mereka semua sentiasa dalam redhamu dan sentiasa mendapat kejayaan di muka bumi mu ini.. insyaAllah Amin..
Tidak lupa juga buat guru-guru yang tercinta yang tidak pernah jemu dan lelah mendidik kami semua sehingga keakhirnya.. takkan ku lupa jasamu wahai guruku tanpamu takkan ku berani apatah lagi kuat untuk melangkah masuk ke dewan peperiksaan pada 23.11.2010 nanti.. terima kasih yang tidak terhingga dari anak muridmu ini kepada :
Cikgu Faizah
Cikgu Haliza
Cikgu Rafiah
Cikgu Kamarudin
Cikgu Manan
Cikgu Masliza
Cikgu Junaidah
Sir Palaniappan
Cikgu Adzlina
Cikgu Azuriah
Cikgu Nazahiyah
Juga tidak dilupakan cikgu-cikgu tingkatan 6 yang lain.. walaupun cikgu tidak mengajar saya cikgu-cikgu sentiasa dan tetap dalam ingatan saya.. terima kasih kepada semua cikgu tingkatan 6 kerana telah memilih saya sebagai tokoh pelajar tingkatan 6 bagi tahun 2010.. terima kasih yang tidak terhingga.. satu penghargaan besar yang pernah saya terima sepanjang 19 tahun saya bernafas dimuka bumi Allah s.w.t ini.. terima kasih sekali lagi..
Untukmu..
Dan Ingatlah..
Jangan mencari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan..
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredhai..
Dirimu..
"...Jagalah dirimu sebaik-baiknya..
Usahakan kemuliaannya..
kerana engkau dipandang manusia..
bukan kerana rupa paras..
tetapi KESEMPURNAAN BUDI DAN ADAB..."
-Sabda Nabi S.A.W-
moga kita sentiasa menjadi pilihan ALLAH..;)
Countdown..
Hmm.. 10 Hari lagi... STPM is just around the corner.. more and more blessings day.. must get it before its too late.. can't imagine if i get fail again.. don't want to think about it..
Tomorrow is saturday, would be a hard day.. got MUET test for final year.. my 2nd chance to get a better band.. don't want to get the same band again..
Apepun bagi sesiapa yang sedang membaca entry ini..marilah bersama-sama mendoakan Noor Alina Syahida, agar mampu dan boleh menjawab dengan tenang dan yakin tanpa sebarang gangguan pada peperiksaan STPM yang akan tiba tidak lama lagi iaitu bermula pada 23.11.2010 nanti..doakan semoga aku cemerlang dalam peperiksaan kali ini..insyaAllah..aku akan terus berusaha sedaya mampu sehingga ke medan dewan peperiksaan dan hari terakhir peperiksaan dijalankan pada 13.12.2010..terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan..
Di samping itu aku juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat penulisan-penulisan yang dikarang oleh aku ada yang mengguriskan hati, menyakitkan hati dan segala-galanya yang terasa dihati..Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf diatas segala kesilapan yang aku lakukan dalam sedar dan tidak..sekian sahaja..terima kasih..
Sama tarikh lahir??
BIODATA ADIRA AF8
Nama Penuh : Siti Adira Bt. Suhaimi
Tarikh Lahir: 19 September 1991
Tempat Lahir: Hospital Ranau, Sabah
Umur : 19 tahun
Jantina: Perempuan
Bukan setakat tarikh lahir, umur pun sama.. aku ingat dia ni baya-baya abang aku ke.. eh memang tak percaya langsung lah.. sama tarikh, sama tahun, nasib orang tak sama, tempat lahir pun tak sama.. kalau tak.. dah-dah aku tak nak bayangkan... terasa jakun lah plak.. tapi aku tak kata aku suka pun.. cuma tak sangka.. susah nak jumpa yang ada tarikh lahir sama ni.. aku baru jumpa 2 orang yang sama tarikh dan tahun termasuk si adira ni.. hmm pape je la..
New things found
Aku tak tahu apa yang best tentang tumblr ni.. lebih kurang macam blog juga rasanya.. entahlah.. papepun let's visit my tumblr.. http://akusyah.tumblr.com/
Jodoh:Jangan mencari terlalu sempurna...
Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....
~renungan bersama~
Kenyang..
Sebab apa?? sebab hari ini ada jamuan kelab pelaburan bijak PNB kat sekolah tadi..Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar yang diserikan lagi oleh pengerusi majlis yang gagap iaitu aku sendiri..terima kasih kepada cikgu kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk handle tugas tersebut..Alhamdulillah lagi sekali nampaknya semua happy dan tersangat kenyang ! ulang sekali lagi kenyang ! haha XD..tu yang penting..sebab menunya menyelerakan bagi manusia seperti aku yang sentiasa lapar..muahahahaha!!!itu saja...
Sedarkah Aku ??
Aku ni selalu kata exam da dekat, around the corner lah apa lah, tak cukup masa lah tapi masih tak sedar-sedar juga..dah tahu exam nak dekat bukan nak sibuk study ke ni tak asyik melagho je..nati dapat result teruk nak menyesal lah apa lah, sedih lah, rasa macam tak ada masa depanlah..salah diri sendiri dah tahu macam tu tak nak concentrate belajar kenapa kan..hah nanti jangan mengade nak mengadu kat sesape bila dapat result teruk, jangan nak salahkan sesape salahkan diri sendiri yang pemalas tu..padan muka kau alina..!!
Masa..
Wow! lagi 3 minggu jew..??pejam celik pejam celik tggl 3 minggu je lg..MasyaAllah..hmm..time is runnig out..
Peneman dikala study,tido,bgn pagi,dan macam-macam lagi..
A Graduation Day..
Alhamdulillah ternyata doa aku pada hari ini dimakbulkan Allah s.w.t. Hari Graduasi dan Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 6 Atas berjalan dengan lancar..tarikh yang memang aku takkan lupa..telah menjadi sejarah..dan kenangan manis yang takkan aku lupakan pada 28.10.2010 bersamaan hari Khamis..Aku mendapat lima sijil pada hari ini..walaupun tak dapat anugerah cemerlang Trial STPM 2010.. tapi alhamdulillah dan aku sangat gembira dan berbangga apa bila diberi penghargaan sebagai...
Tokoh Pelajar Tingkatan 6 Atas 2010
Aku tahu aku tak layak untuk menerima penghargaan tokoh pelajar ini.. tapi selepas aku dengar kata-kata cikgu keyakinan aku untuk terima penghargaan ini jadi sangat teguh..mungkin aku tak nampak kelebihan yang aku ada tapi cikgu-cikgu dapat kesan semua itu, aku manalah tahu kan..tak mengapa aku akan anggap penghargaan ini sebagai batu loncatan untuk aku lebih maju dalam hidup, takkan asyik nak amik hati ngan apa yang orang kata kan..terima kasih cikgu..oleh kerana ini adalah pertama kali aku dapat penghargaan yang sangat besar maknanya ini aku takkan lupa sampai bila-bila..insyaAllah..terima kasih cikgu..
Dan oleh kerana terasa nak reward myself atas apa yang aku terima pada hari ini..
jeng..jeng..jeng..
Cantik x??original ni..haha xoxo..aku ni peminat setia chelsea..pasni ley la kan gantung kat fon..hihi^^..
Saja beli untuk menggembirakan hati..sebab ada insiden-insiden yang melukakan hati ini siang tadi..
huhu^^..biasalah hal terasa-terasa ni..nama pun orang pompuan..haha XD..
Makan ?
Ye Makan !
Ada apa dengan makan?
Ada apa dengan makan?
Aku selalu dengar iklan kat radio kata "Makan untuk Hidup" tapi bagi aku sebaliknya "Hidup untuk makan".. Hurm mana lah badan tak makin comel kan.. tapi memang itu lah tabiat aku selalu..walau dimana aku berada makan adalah keutamaanku berbanding yang lain.. sedangkan kalau tengah belajar pun tetiba rasa lapar, aku sanggup berhenti jap pergi makan dulu (kat rumah je lah) kalau kat sekolah memang cari nahas lah dengan cikgu displin.. tapi itulah hakikatnya tentang diri aku ni.. sukar dikawal nafsu makannya..tapi walau macam mana keadaan pun aku akan cuba ubah tabiat aku ni.. bahaya weyh boleh melarat dibuatnya..oke lah babai.. =)
This is it...
I'm done !.. this is my final time.. after this if there is anything happen again, aku tak akan masuk campur apatah lagi ambil tahu perihal apa yang berlaku.. i'm really tired with all the drama.. wanted everything would be so fine, but.... it's nothing..
Aku dah ambil keputusan..
aku nak dayung sampan dengan semangat yang ada..
walau aku tahu pelbagai halangan yang terpaksa aku tempuh..
tak kira lah sama ada besar atau kecil..
Aku tetap akan tempuh..
Kerana itulah laluan aku..
Dan aku akan pastikan aku berjaya menempuh laluan itu dengan jayanya..
insyaAllah..
Aku nekad !
Ya Allah kau bantulah dan lindungi aku dari segala halangan yang bakal aku tempuh dan halangan yang sedia ada.. agar aku dapat menempuh segalanya dengan hati yang redha dan ikhlas.. aku sudah tidak berdaya lagi Ya Allah.. Amin ya Rabbal A'lamin..
Doakan kejayaan saya..
Baca ! jangan tak baca..
Assalamualaikum...
Wahai sahabat² seagama denganku…
Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca note ini....
3 Minit je, tak lama pun..
Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana..
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...
"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "
"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"
"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..
tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???
Kenapa?
gelak tu kan realiti..
tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...
berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?
berapa banyak????
Wallahualam…
Sebarkanlah....
Xperlu minta izin dah.. :)
Sebab..??
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,
“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”
Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..
21.10.2010..(Happy Birthday)
Happy birthday to u my friend.. lama dah tak jumpa ko.. rindu la yunk!..huhu^^.. tak kisah la walau betapa jauhnya kita tapi ingatlah bahawa kita sentiasa dekat dihati.. sayang ko sangat-sangat..
sweet 19teen
welcome to the club..
huhu^^..
20.10.2010 (Rabu)
Ya Akhirnya dapat juga mengupdate selepas seharian menyiapkan homework.. hari ni aku tak pergi sekolah atas alasan homework tak siap untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup aku berada di Tingkatan 6.. satu tindakan yang aku sendiri anggap sangat bodoh kerana takut cikgu marah.. alasan tak munasabah weyh bila di fikir-fikir balik.. mengada-ngada pun ada.. haish.. apa la aku ni tak fikir panjang.. cikgu tu pun manusia juga.. hmm tapi hakikat sebenarnya aku seorang je yang tahu.. aku kecewa sebenarnya dengan markah paper pengajian perniagaan 1 aku sebab dapat markah rendah gila dah bukan paras nyawa-nyawa ikan lagi dah serupa dah boleh kene tanam.. walaupun dapat markah highest dalam kelas untuk subjek tu tapi aku tetap tak puas hati.. biasa la manusia macam aku ni tak reti nak bersyukur kan.. bukan, bukan macam tu aku bersyukur cuma aku nak lebih lagi.. teruk sangat la result kali ni.. tak pernah lah dapat result teruk macam tu sepanjang aku amik exam kat tingkatan 6 ni "20++" kot.. kalau paper addmath dah sah dapat 9G da..=(
My turn??
Seperti yang dijanjikan tibalah waktu memasukkan gambar sewaktu hari konvokesyen kelmarin.. Alhamdulillah, tahniah kepada abang.. segalanya berjalan dengan lancar.. abang dah pun terima skrol (my 2nd brother)..
Tahniah Brother..^^..
where is me??hihi XD
Hai bila lah turn aku untuk berjaya macam abang-abang aku ni.. Caiyok Alina !!
1st Brother - Got Degree in Business
2nd Brother - Got Degree in ICT
When will be my turn..hmm..hope can enter university after this.. Pray for my successful everyone..tq