Hurmm..lain macam saja kan "entry" aku pada hari ini..bukan apa..aku adalah salah seorang yang bukan berniat tak mahu berkahwin cuma tidak berkeinginan untuk berkahwin saja..mesti ramai yang tertanya kenapa??..bukan apa, bila di fikir-fikir balik zaman sekarang dah tak macam zaman dulu..susah nak cari suami yang betul-betul boleh membimbing kita ke jalan yang diredhai..itu saja bagi aku..kita selalu dengar, lihat dan baca kat televisyen, radio, surat khabar dan macam-macam lagi sumber tentang masalah rumahtangga, penceraian. pergaduhan, pentengkaran, penderaan isteri, pembunuhan dan macam-macam lagi..perkara-perkara macam ni lah yang buatkan perasaan aku menjadi takut untuk berkahwin..tapi bila kawan-kawan cakap tak baik, berdosa tu semua hati aku jadi berbelah bahagi..cerita dengan mak pun, mak tak setuju aku ada pemikiran macam itu..jadi kesimpulannya untuk membuatkan keyakinan aku kembali utuh tentang isu perkahwinan ini aku cuba cari artikel-artikel berkaitan dengan hukum wanita yang tidak mahu berkahwin dan macam-macam lagi yang berkaitan..dan ini sebahagian daripada artikel-artikel yang aku dah baca dan aku "highlight" kan untuk dikongsikan bersama..insyaAllah..
___________________________________________________
Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.
“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”
Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah s.w.t. pun bergantung kepada redha suami.

Islam melarang hidup membujang, iaitu tidak mahu berkahwin dengan maksud untuk tekun ibadah, menjauhkan diri dari kesenangan dunia dan menghindarkan diri dari kewajipan menjaga anak. Rasulullah SAW bersabda : "Tidak ada hidup membujang (rabbaniyah) dalam Islam".
Dalam Surah Al Maidah ayat 87 dijelaskan: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu dan janganlah kamu melewati batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas".
Jadi orang yang suka hidup membujang bererti mengharamkan apa yang dihalalkan Allah bagi dirinya.

_____________________________________________
MasyaAllah..begitu sekali rupanya bagi sesiapa yang berhasrat tidak mahu berkahwin..jadi fikir-fikirkan dan bermuhasabah..insyaAllah..