Assalam.. semalam aku ada buat semakan temuduga "Malaysian Educators Selection Inventory" (MEdSI).. dan alhamdulillah aku di antara yang layak menduduki ujian temuduga tersebut bagi senarai pilihan kedua aku dalam UPU.. dan sekarang aku tak tahu aku patut gembira atau tak dengan keputusan tu.. kenapa? sebab yang pertama aku betul-betul tak minat nak jadi cikgu.. peliklah kau ni alina jadi cikgu tak nak tapi sibuk nak jadi pensyarah bukan sama aje ke? erm entahlah aku sendiri pun tak ada jawapan tu.. dan aku tak tahu kenapa aku tak patut gembira dengan keputusan yang aku perolehi tu sedangkan mak ngan abah happy je aku terpilih untuk temuduga tu.. secara jujurnya aku bukan memilih soal petempatan universiti sebab kalu boleh aku tak nak belajar jauh-jauh lagi dari rumah.. payah lah.. kalau aku berjaya dapat belajar kat UPSI dah terang-terang aku kene duk pi belajar kat tg.Malim.. owh tidak jauh sangat diluar keterbatasan akal fikiran aku.. aku kalau boleh nak belajar dekat-dekat je sebab tu aku pilih UM, UITM, UPM, UKM.. semua yang memudahkan aku untk ulang-alik rumah tanpa perlu menyusahkan mak dan abah aku.. see, aku anak yang baik kan.. haha.. ahh alasann.. hmm.. tapi memang betul pun.. tak nak dah belajar luar dari Selangor dan kawasan yang sewaktu dengannya.. hmm.. sebab tu aku rasa tak happy.. walhal waktu ujian bertulis hari tu pun aku main hentam je.. 15 minit sebelum masanya aku da berhenti, siap terfikir nak tido lagi.. hmm.. wajar ke aku fikir macam tu ye, gembira atau tak dengan apa yang aku dapat ni..?? hmm.. buntuu..
Wasalam~
2 comments:
think positive and do istikharah.
good luck ;)
terima kasih afiq..insyaAllah aku cuba..
terima kasih bg support..^^
Post a Comment
your view..