FRIENDS

Assalam..

Hari ni aku nak cerita pasal F.R.I.E.N.D.S..  boring?? memang!! dalam hidup ni kalau tak ada sekali cerita yang tak best pasal kawan mesti tak sah.. tapi apa yang aku nak kongsi pada harini lebih macam penyataan atau soalan.. kenapa? mengapa? bagaimana? 

Kadang-kadang kan aku rasa macam hairan.. kenapa makin kita kenal orang tu makin rasa annoying.. bukan ke patut makin kita kenal orang tu makin kita faham karakter dia dan dia pun faham karakter kita.. tapi pada aku sekarang tiada..makin tiada kesefahaman.. Boring..

Ada jugak aku tanya orang yang lebih makan garam pasal hal ni.. ada yang kata biasalah manusia, tidak selamanya sama.. jadi maknanya siapa yang perasan diri dia tu dulu dan kini sama memang penipu la?? gitu?? ada juga yang cakap biasalah manusia suka ambil kesempatan.. ye ke?? well.. asal boleh pijak kita pijak la.. wah manusia paling tak boleh kene hadap macam ni avoid them please.. melainkan kalau ko nak hidup ko suffer laa.. beb.. beb.. rilekss.. cool.. member kau jugak kan.. Gulpss~~

Jadi apa makna semua ni.. nak kena jaga hati?? hati sendiri?? (Campak lombong woii....Gitu??) Be a human la beb.. kawan, kawan jugak.. kawan kau tu manusia jugak bukan robot.. remember this !!

Dan ada satu perkara lagi paling aku menyampah abadi dalam kamus hidup aku.. rasa nak pijak-pijak je manusia macam ni.. aku pedulik hape.. dah kata kau member rapat dengan dia pastu ko buat-buat mengade-ngade lak ngan dia.. bak kata MatLuthfi.. tu ha yang B.O.B tu a.k.a Buat Orang Bersalah.. kalau dah member kau tuh kata tak dapat nak bagi, nak tolong, nak sampaikan, nak suapkan, nak simpankan, nak pinjamkan, nak carikan...... ko boleh faham bahasa tak yang dia memang tak boleh dan bukan mengada-ngada kata tak boleh.. haish memang kepantangan aku lah yang memang pernah berpantang ni.. (bukan sebab mengandung oke.. i'm single lagi) memang aku cukup-cukup tak senang dengan perangai orang macam ni.. sebab kalu x ditolong, dicari, disuap, disampaikan..... mulalah keluar kisah lama, tarik-tarik muka, tak balas mesej, jeling-jeling sampai juling... beb beb beb beb.... ade aku kisah??? fikir 150 juta kali ya kalau nak buat dengan aku.. aku hairan pun tak..

Yang terakhir.. aku tak tahu sejak bila blog ni jadi tempat meluahkan perasaan amarah.. mungkin dah tak leh nak percaya kat sesiapa kot.. ye la, zaman sekarang ramai orang yang suka hidup bertopeng, bertalam, berpinggan, bermangkuk.... sebab bagi diorang itu saja cara nak survive.. katanya..laaaa.. kan.. bak kata kawan aku.. lagi best woo jadi loner.. L.O.N.E.R beb.. aku percaya kat family aku je tunjang kejayaan katanya.. Aminn InysaAllah..

Nasihat untuk diri sendiri... jangan aku pun sama 2x5 suda la.. Ya Allah minta simpang la dapat perangai macam ni.. kawan pun kawan jugak kalau kawan tak beragak memang sengaja nak cari nahas.. tak gitu.. renung-renung kan dan selamat beramal.. eh silap.. camni patutnya.. muhasabah diri, cermin diri, audit diri.. kau tu pun manusia biasa juga bukan Mr/Mrs. Perfecto pun.. Wallahualam..

Akhir kata.. tah mananya datang penyataan dan persoalannya.. oh kat sini.. Kita ni kawan yang macam mana sebenarnya?? tepuk dada tanya hati, iman, akal fikiran... kawan yang bagaimanakah kita ni yang sebenarnya... Terasa hati sikit-sikit tak apa.. tapi jangan lah disimpan kalau disimpan lama-lama jadi barah susah.. nak tahu barah yang paling membunuh sebenarnya apa?? Penyakit H.A.T.I .... jadi MUHASABAH DIRI.. macam mana diri kita semalam dan harini.. adakah lebih baik harini atau semalam?? dan adakah kita akan lakukan yang lebih terbaik lagi untuk esok?? Sama-sama kita audit diri kita.. ambil masa dan fikir apa yang telah kita lakukan..

Ingat... kawan, kawan juga.. kawan kau tu bukan anak patung ko tau.. walau BESTfriend macam mana sekalipun ko dengan dia.. Ingat !!

Wasalam..

Update malam ni..
memang bertujuan pun..
sebab adik aku pernah pesan..
cara nak kurangkan bebanan fikiran..
tulis diari.. tapi kan aku ade blog..
kongsi sini je la..
biar semua orang tahu apa yang aku fikirkan..
mana tahu ada yang nak berkongsi juga..
Aniyong~~

Heart

Assalam..

My heart is fragile
Handle it with care
Hold it tight
So that nothing to be worry

Wassalam..

Rasa

Assalam..

Hari ni, aku kurang gembira.. kenapa?? sebab aku xda jawapan.. Full Stop !

Wassalam..

Stay or Remove

Assalam..

hmm.. bersawang sudah ini blog.. sudah lama tara update.. ha ha.. funny ker?? tetttt!!.. oke al-kisah arini.. nk stay ke remove ea? eh2 ape aku melalut ni.. tetibe je nk stay or remove.. pe bendanya nk stay remove ni.. nk remove followers ke? atau nk stay duk lam gua?? what!!?? GUA?? sah dah xbetul kene pi chck pakar otak.. kahkah.. oke enough full stop..



Al-kisahnya hari ini aku nk berkisah mengenai masa depan blog yang sudah sekian lamanya bersama aku.. lama kot.. lamaaaa... bulan 4 tahun 2009 hingga kini bulan 12 tahun 2013.. dah nak masuk 2014 yopp.. ah ha.. da masuk 4 tahun blog ni bernyawa.. kehkeh.. bernyawa la sangat kan.. jadinya tetibe aku rasa macam nak tutup ini blog dalam erti kata lain nak remove ini blog la.. Jadinya macam tulah.. disebabkan perasaan tu datang secara tiba-tiba aku pun tak tahu nk cakap macam mana.. EH!!.. haha ape aku melalut ni.. kehkeh.. jadinya sekarang ni hati aku berbelah bahagi samada nk stay atau remove ini blog.. hmm.. blog ni bnyk simpan memori aku senanya.. siapa yang ikut perkembangan blog ni dari awal la.. siapa xfollow jd xtahulah kan.. hehe.. oke suda tak nak melalut lagi..

Oleh kerana aku da jarang-jarang sangat mengupdate disini dan aku dah ada terlalu banyak akaun sosial contohnya seperti insta, twitter, tumblr, keek, wechat, line, viber dan sebagainya maka kerajinan aku untuk mengupdate di my blogspot ini adalah sangatlah macam siput sedut, kura-kura dan yang sama waktu dengannya.. sebenarnya banyak je perkara yang aku nk cerita nk kongsi nak share kat sini eh bukan sama je ke share ngan kongsi tu.. hmm biar je le.. tapi disebabkan banyakkkk sanggaaatt kekangannnyaaa.. jadinyaa aku pun xrajin lah mengupdate.. jadinya sekarang ni xtahu lah samada nk stay or remove.. tgk je la ti kalu ade ade la kalu xde xde la.. haha.. kan.. ok bai !

Wassalam..

p/s: Post kali ni memang melalut kelaut betul
tapi memang betul pn mcm nk remove
hmm tengok je la nanti
(^__^)

Semester 5 (2013/2014)

Assalam..


My Life.. Hope akan ada perubahan selepas ini.. Untuk permulaan buku baru kali ni aku cuba buat sesuatu yang berbeza.. aku mula nk jadi aktif.. walaupun badan aku dah tak sekuat dulu.. orang kata kita tak boleh lemah semangat jadi aku cuba strive so hard to build back my strengthness.. semester 5 ni bagi aku tak ada apa yang istimewa sangat cumanya aku tambah perasa dan perisa dalam diari hidup aku untuk semester ni.. bagi diri ini satu pengalaman dan impact atau lebih kepada memori untuk disimpan dan dikongsi.. Aku tahu banyak benda yang aku terpaksa lupakan sejak dari peristiwa itu.. aku tak boleh itu, aku tak boleh ni.. banyak perkara yang aku terpaksa tahan.. nak buat tu kena fikir 10-15 kali bukan 2-3 kali macam sebelum-sebelum ni.. yep aku da tak macam dulu.. aku yang dulu bukan lah yang sekarang.. aku tahu dan aku sedar tentang perkara ini.. tapi smpai bila kan.. jadi aku cipta suatu fikiran yang positif dalam diri aku.. buang jauh-jauh aura-aura negatif yang selalu menyekat aku.. aku seru aura-aura positif untuk selalu mendekati aku dan aku akan cuba sampai bila-bila.. insyaAllah.. doakan aku agar sentiasa diberi kekuatan dan kesihatan disepanjang menempuh ranjau kehidupan yang masih panjang insyaAllah jika masih dipanjangkan umur.. Aminnn..

Wassalam..

Result Sem 4..


Assalam..

Dah terbiasa sangat pula rasa kalau tak kongsi keputusan peperiksaan disini.. da macam satu habit pula.. tapi perlu aku ingatkan tujuan aku meletakkan result2 aku disini bukan untuk ditunjuk-tunjuk atau dibangga2kan tapi ingatlah bahawa ini lah kegembiraan yang aku ada untuk dikongsi bersama.. marilah positif bersama saya.. 

Result Sem 4 (2012/2013)

Ya, ini lah result semester 4 aku.. dan seperti biasa ABAH adalah orang pertama sekali yang tahu keputusan peperiksaan aku.. bagi aku tiada rahsia antara aku dengan abah.. aku tak suka menyimpan keputusan daripada ABAH.. sebab aku tak suka ABAH yang dahulu tanya.. sebab ABAH yang tanggung pengajian aku walaupun aku pemegang biasiswa.. jasa ABAH tak ternilai begitu juga dengan MAK.. dua orang manusia yang aku tak mampu kehilangan, wallahi dunia dan akhirat..

Seperti kebiasaannya.. ABAH tak lekang dengan kata-kata nasihat.. itu yang menjadi faktor utama kenapa aku suka kongsi dengan ABAH.. ABAH kata aku tak boleh terlalu gembira, ini adalah permulaan bagi aku sebagai batu loncatan untuk mendapat yang lebih baik sehingga semester 8 kelak.. aku tahu bukan ini yang ABAH risaukan.. memandangkan aku ada berbaki 4 semester lagi jadi ABAH tak nak aku terlalu leka dengan apa yang aku ada sekarang ini.. aku tak boleh terlalu berbangga.. aku cuma perlu usaha tawakal dan bersyukur dengan apa yang aku ada.. terima kasih ABAH..

Jadi sebagai permulaannya aku akan buktikan pada ABAH.. no more tears macam yang aku pernah rasa suatu ketika dulu.. IN-SHA-ALLAH.. Aminn..

Wassalam..

Rindu

Salam..

Ya, rindu.. aku rindu nk berblogging.. rasa macam dah lama tak update blog ni.. ya, sejak aku start semester baru ni belum ada 1 post pun yang aku publish.. tak apa lah nati bila sudah ada masa aku update.. rindu.. rindu sangat nak menaip di sini.. nak kongsi cerita kat sini.. ni kan diari aku.. aku tak kisah ada reader's ke tidak.. sebab ni bukan blog akademik atau blog dakwah.. ni blog kisah aku.. kisah hidup aku yang aku nak jadikan memori yang aku nak jadikan sebagai perkongsian pengalaman yang aku nak bagi pengajaran pada diri aku sendiri yang baik diambil yang keroh dibuang jauh.. semuanya untuk memperbaiki diri.. itu aku.. itu tujuan blog ni aku hasilkan.. itu saja.. noktah..

Wasalam..

Kadang-kadang orang lain tertanya-tanya
setiap tanya itu pula perlukan jawapan
supaya nanti mengelak fitnah
itu kan dosa besar.. :)

Jadual Sem 4

Assalam..

Alhamdulillah...1 word..Lengang...Terima Kasih pihak akademik.. terima kasih Allah S.W.T.. kerana faham dengan keadaan aku yang belum pulih sepenuhnyaa...

Semester 4

Semester 4

Semester 4.. Here I comeee!! tetibe rindu Tangjung Malim.. boleyy x?? huhu... pliss jgn gembira sgt Alina.. ko blum tahu lg ko duk mane kt kolej uh.. hrp2 dipermudahkan oleh Allah... terima kasih Allah S.W.T..

Wassalam..
P/s: Sila click pd gmbr utk 
"tumbesaran"
Hee =D

3 Semester berturut-turut

Assalam..

Alhamdulillah and again.. I got the Dean List.. such an honored to me.. why? because it make me feel bless.. Thank you Almighty (Allah S.W.T) for giving me this beautiful gift.. Sujud Syukur~


Alhamdulillah sekali lg.. apapun yang penting seperti dalam kotak yang berwarna biru tu.. Ya!! lulus dan dibenar meneruskan pengajian..

Hati aku rasa berdebar waktu nak check result..bila boleh je check aku pn laju tgk perkataan yang ada lam kotak biru tu dulu..

Ye laa.. aku bukan pandai sgt..risau kene dok repeat.. jenuhla..huhu (^^,)

Wasalam..

Seperti biasa..
Abah will be the first person
to know about my result
Lega bila abah tak kecewa
thank you abah..

Hati

Assalam..


Hati... xselalu baik, xselalu ikhlas.. itulah hati.. hati seorang manusia.. bila ditanya mengapa?? jawapannya.. aku manusia biasa.. xlari dari kesilapan.. aku bukan sempurna.. terkadang buat silap.. terkadang cepat terasa.. itulah hati.. sukar untuk mencari yang sempurna tapi mampu untuk dipelihara menjadi sempurna.. apa pula kaitannya dengan aku?? Ya.. AKU?? 

Aku ada masalah hati?? masalah ini lagi?? jawapan aku.. YA.. tapi kenapa?? Arrggghh!! aku sendiri tidak pasti.. aku dah cuba.. tapi aku xkan mengalah.. cuma kadangkala aku rasa perit.. dugaan barangkali.. manusia yang disayangi ALLAH S.W.T akan sentiasa diuji.. ya akan sering diuji untuk mengetahui sejauh mana hati seseorang manusia itu mampu bertahan+redha+ikhlas dengan segala yang berlaku, dengan segala ujian yang diberikan.. Ya ALLAH.. kuatkah aku?? kadangkala aku rasa macam dah mengalah dengan segalanya.. aku jadi lemah xberdaya.. bukan xyakin.. tapi.. itulah aku.. bukan tidak bersyukur.. tapi.. aku sentiasa lemah.. lepas kejadian hitam itu.. dunia aku seakan gelap walau hanya cuma sementara.. aku tahu.. aku bukan lagi seseorang yang seperti dulu.. aku tahu semua itu.. aku sedar+aku masih waras.. aku cuba untuk xmengingati.. tapi.. ya.. "tapi" aku terlalu banyak ber "tapi".. hati aku belum ikhlas+belum cukup redha dengan segala yang berlaku.. UJIAN.. ya segalanya adalah ujian.. kenapa aku masih lagi begini.. akukah yang perlu mencari penyelesaian untuk mengubah kembali segalanya?? aku kah?? bagaimana caranya?? Tunjukkanlah jalan itu ya ALLAH S.W.T.. agar aku faham.. yakini diri hambamu ini.. kejamkah aku+terukkah aku+burukkah permintaan aku ni ya ALLAH.. butanya mata ini untuk menilai ya ALLAH.. bantulah aku ya ALLAH.. sembuhkanlah penyakit hatiku ini.. Amiiinnnn ya Rabbal Alamiinnn,,,


Wasalam..
terkadang hati lemah tak terkata
cuba menyampaikan
cuba mengadu
pada yang setia mendengar
terima kasih YA ALLAH S.W.T

Something New

Assalam..

Sesuatu yang baru?? apakah maksud tuan empunya blog ini... jengjengjeeeennnng.. adalah.. ada perkara baru yang nak dikongsikan tak lama lagi.. dan ini just sebagai permulaannya.. aku ingt aku nak share lepas semua yang aku hajat tu dah ada.. sekarang macam masih belum sesuai je lagi masanya.. hehe.. itu saja sebagai pencetus sesuatu yang baru.. nantikan..

Something new..it's a secret..


Wassalam..

Laut

Salam..

Aku dan Laut

Yup aku dan laut.. bukan aku kelaut.. ada apa aku dengan laut.. bagi aku laut itu menenangkan.. sebab tu kot aku suka laut.. laut ni da jadi macam sebahagian daripada hidup aku.. tempat aku menenangkan fikiran, perasaan, jiwa ahhh macam2x lagilah.. dan bukan aku sorang je suka laut.. laut ni juga boleh dianggap sebagai simbol persahabatan antara aku dan 2 orang lagi sahabat aku.. nak tahu sape?? jeng..jeng..jeng.. kejap lagi aku uploadd...ha ha... suka hati aku lah... =="


Aku + Cik Wan

Aku + Cik Anis

Yup Kami lah tu.. laut ni dah jadi mcm port kitorg berkumpul+sembang+lepak+bergosip+ makan (sebab ada tempat makan) dan macam2x lagilah.. hehe.. disebabkan cuma kitorang je yg gilir2x snap gamba..jd nyaa ter separate lah kami menjadi dua pic.. muehehe.. tunggulah sikit masa lagi bila aku sudah ada itu tripod.. hehe.. dan yes! kalau korang perasan.. background pic atas ni.. its sunset la.. aku memang suka part sunset.. nak tengok bukti kebatakkan aku..?? Yokkk!! aku xkesah sbb aku mmg perasann tann selalu.. show off katenya.. hikhik..

Abaikan aku yg sedang sibuk konon nk buat Luv tp jd segitiga.. sewell..

Sy ada kuasa cahaya.. poyoss...hikss

It's really sunsett time...Luv it ~

Oh sunsett.. tggu lah sikit masa lagi bila aku sudah ada itu peneman hidup.. akan ku abadikan waktu peribadi ku bersamanya mengadap sunsett yang indah ni.. muehehe.. perasan saja aku ni.. InsyaAllah azam bila umo aku da 26, 27 ti.. haha bley plak.. bley sajaa... oke lah.. xmo melalut lagi..

Wasalam..

Psss  :
Pic2 yang ada kat atas ni semua di snap pada bulan 4 .2012
tau dah lama..
tapi nk jugakk buh lam ni..

My Baby

Salam..

To my readers..ko ade readers ke alina? reader pn blum tentu ade.. eh ade lah..aku la reader nye... haha bce blog sendiri.. sewell!! eh suka hatilah kate blog sendiri.. kat sini kan ko regain balik memory2 yg kau ade.. haah lah ye xye.. gile ke aku ni tnye jawab sendiri.. tu la ptg2 da mereng.. oke back to the entry.. tolong jangan melalut tuan punyer blog yang sewel ni.. Arini aku nak cite psl baby aku.. yup n yes tak ramai yang tahu aku ade baby.. what!! baby?? whose baby?? 

eh2 rilek2x bkn real baby lah.. hehe.. aku nk story sal my baby that is my baby Canon... Canon DSLR Rebel T3 a.k.a D1100 in Malaysia.. actually aku da lame ade baby ni.. just gatal+mengade baru nk reveal je.. ngeh2x.. da hampir setahun jugalah aku memilikinya since 09.02.2012.. weehooo.. Luv U Baby.. kihkih.. mungkin ramai yang tak tahu.. ekceli kamera itu merupakan hadiah pemberian My Abah atas pencapaian aku semasa semester pertama.. weehooo.. tenkiu abah! huhu.. tak mintak tp nak.. cmne tuh.. eh gedik lah kau..

Kononnya arini aku nk citelah.. sempena nk dekat setahun aku ade baby ni aku ingat aku nk manjakan baby aku ni.. aku nk tambah2x accessories.. nak beli tripod, lens, speed light, cleaning kit, lens hood dan etc. lain yang mana the basic things aku patut ada when memiliki sebiji DSLR ini.. Perrgghh!! jgn kata aku batakk+jakunn+show Off.. mmg aku tak ley nak terima la.. aku beginner kott.. nga nk belajar la ni.. jgn lah patahkan semangat aku dgn word yang tak berwisdom tu.. kecikk ati tau.. hehe.. rilek2x.. aku dah pasang niat.. sebab ini juga antara azam aku untuk 2013 ni.. Moga dipermudahkan segala..

Cam biasa.. apa yang biasa, xbiasa la.. eleh poyoss la aku ni.. muehehe... some pic untuk dikongsi..


Salam Perkenalan


My Baby Canon (09.02.2012)

Yup tuan empunya blog nk show off jugakk.. pedulik hape.. muehehhe.. pic kat atas ni di snap oleh my BFF a.k.a Cik Farhaneem Norazman dengan menggunakan baby dia juga iaitu Nikon D5100.. Urmmm oke la nk stop dlu.. nk gi snap2x gambar dgn my baby.. see ya !

Wasalam..
Terima kasih to  :
My Abah..
for this big present..

Kekasih Hati?

Salam..

Apa punya entry ni?? kekasih hati?? biar betull.. nk reveal kekasih hati apa!!?? poyo jerkksss aku ni lah.. gedikxx sokmo.. xoxo.. haha.. tak lah sj nak menggedik+menggatal+mengerenyam nak post pic yang aku penat2 edit siang tadi.. jeng3x.. siapakah.. ini diaaa... taraaaaa....

Aku + Hyun Bin Oppa.. teehee 

Jeles?? sila ta payah!! gi cari orang lain.. sebok je!..haha XD.. aku minat giler la ngan actor korea ni since die berlakon dalam drama Snow Queen lg.. lagi buat aku jatuh cinta ngan mamat ni masa die berlakon dalam cerita Secret Garden.. walaweii.. caiyakkk a.k.a cairrr aku bebb tgk die encem cmni.. wakaka.. over terrr sangatlah pulakk.. haha XD.. oke kali ni boleh lah sila jeles!!..


Lep Him tOo

Die tunjuk leplep kat aku siap dengan senyuman berlesung pipit lagi.. lesung pipit?? motipp?? show off la kau jah... haha.. xde motipp..sesaje cak bun cak je.. hehe.. oke.. kat sini jugakk aku nak bagitahu terang tang tang terang terangan  yang aku ni SINGLE.. xde kekasih tp dalam ati ada taman.. bile ada taman aku lah bunganya dan bila aku jadi bunga kompem lah aku berangan si kumbangnya.. jadi kesimpulannya, ade lah yang aku syok sendiri.. tapi tak tahulah sampai bila.. haha..oke lah... n the last one sbg penutup tirai...


My Oppa 

Hensem kan.. sorry He's mine !!!

Wassalam..


Semester 4

Salam..

Saje nak kongsi subjek yang bakal aku ambil utk sem 4 nanti... macam mana lah agaknya perjalanan semester 4 nanti yang aku anggap permulaan bagi waktu-waktu tough sepanjang pengajian 8 semester.. muehehehe..



Ingat nak amik 20 jam kredit sem 4 nanti.. tapi tengoklah nanti macam mana.. hmm.. wish me luck for the next sem.. semoga aku kuat untuk menempuhinya... semoga sentiasa sihat..Aminn...

Wasalam..

Prestasi

Salam..

Urm entry kedua untuk tahun 2013.. ada apa dengan prestasi?? hmm..arini aku sj nk kongsi dengan korang semua mengenai prestasi akademik aku sepanjang menjadi mahasiswi UPSI terutama sebagai student AT-32.. memang tidak dinafikan.. kalau dilihat pada zahirnya aku seorang yang biasa dan seperti tidak mengambil berat pun mengenai prestasi akademik.. jika benarlah apa yang aku kata ini sependapat dengan korang.. mohon korang ubah balik persepsi itu.. sebab korang belum pernah bekerja dalam kumpulan tugasan bersama aku.. aku bukan a simple person in assignment.. dan disebabkan itu juga lah aku ni jenis mementingkan semua aspek dalam penghasilan tugasan.. terutama tugasan berkumpulan sebab aku tahu markah tugasan berkumpulan lah yang paling banyak menyumbang kepada carry mark.. sebab aku tahu kemampuan aku dalam final exam tidak seperti yang aku harapkan berbanding orang lain.. banyak kelemahan aku sewaktu final exam.. susah nak menghafal, menulis lambat dan etc. yang malas aku nk sebutkan.. 

Kadang-kadang setiap carry mark yang aku dapat, aku jadi manusia yang tidak berpuas hati dengan apa yang aku dapat.. aku mula mempertikaikan usaha yang aku lakukan dengan apa yang aku dapat.. sampai aku rasa orang sekeliling aku ingt aku jadi orang yang tidak bersyukur.. bukan.. aku bukan nak jadi orang yang kufur nikmat.. tidak.. aku bersyukur dengan apa yang aku dapat.. cumanya aku mahukan lebih, lebih daripada diri aku sendiri.. sebab aku tahu walaupun aku ada perasaan macam ni at the last aku pasti akan back to yang asal.. aku akan mula redha dengan apa yang aku dapat.. n indeed semester 3 ni betul-betul banyak menguji aku.. hampir kesemua carry mark aku rendah.. final exam pun aku buat entah apa-apa.. bila setiap kali aku luahkan masalah aku ni kat membe-membe, diorang basically akan jawab mungkin sebab kecederaan yang aku alami ni.. TIDAK!!.. aku tak boleh nak terima alasan tak wajar ni sebab otak aku masih mampu berfungsi dengan waras walaupun ada beberapa perkara yang aku tak nafikan jadi pada diri aku.. ingatan aku dah tak kuat.. banyak yang aku lupa dan tak boleh ingat.. tapi itulah kawan..diorang nak pujuk aku dengan cara macam tu.. aku appreciate.. at least aku xmurung disebabkan carry mark aku... thx korang..

Apapepun aku harap result untuk sem 3 ni tak ade lah turun mendadak sangat..sampai terkeluar dari senarai dekan ke.. aduh..!! tak tahu lah aku leh hadap ke tak dengan result sendiri even aku dah bagitau kt abah siap tunjuk lagi kesemua carry mark aku untuk sem ni.. nampaknya aku kene lebih sabar dan banyakkan menerima.. dan yang paling penting.. Usnuzon.. bersangka baik.. mungkin Allah S.W.T nk uji aku lagi.. sejauhmana penerimaan aku terhadap ujianNya.. semoga aku menjadi manusia yang tabah.. Terima kasih ya Allah.. tika ku alpa, KAU dorongkan aku untuk bermuhasabah diri.. moga aku sentiasa tergolong dalam kalangan penerima hidayah dariMu ya Allah..Ammmiinnnn... kat sini juga aku nk share ngan korang, result aku dari sem1 ke sem 3.. (sila click pd gambar utk pembesaran)


Result Semester 1

Result Semester 2

Resultt Semester 3

Sebenarnya nk cakap result aku semakin merosot..


Wassalam..

2013

Assalam..


Walaupun agak dah terlambat tapi tetap nak update juga...

Selamat Tahun Baru 2013


setiap kali tiba tahun baru je mesti kene bagitahu azam untuk tahun ni..dan bagi aku azam untuk tahun ni masih lagi sedang difikir-fikirkan sebabnya..azam tahun lepas pun tak tercapai-capai lagi..weehoo..tett..urm cukup lah ni sahaja kott untuk setakat ni..

Wassalam..

Aku sudah tidak seperti dulu??
Betul ke??
Angkat bahu 2x..Entahlah..